Now Reading
[Video] Ramai Sebak Lihat Wanita Mengalirkan Air Mata Ketika Baca Warkah Sempena Hari Ibu Dari Anak

[Video] Ramai Sebak Lihat Wanita Mengalirkan Air Mata Ketika Baca Warkah Sempena Hari Ibu Dari Anak

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan ibu tercinta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap anak pasti ingin menunjukan kasih sayang kepada ibu mereka. Apatah lagi apabila wanita itu yang sudah bersusah payah melahirkan dan membesarkan mereka.

Oleh itu pada 12 Mei sempena dengan Hari Ibu sedunia, ramai yang mengambil kesempatan untuk meraikan bersama bonda tercinta.

Sambutan ini hanyalah sekadar untuk menghargai jasa para wanita yang bergelar ibu, mak, mama, mummy dan sebagainya selepas bertungkus-lumus melahirkan dan menjaga anak-anak agar mereka membesar dengan baik.

Malah mereka juga sering berkorban masa dan tenaga untuk memastikan semua anak-anak dapat membesar dengan baik.

Anak beri warkah sempena sambutan hari ibu

Baru-baru ini, sebuah keluarga telah membuat sambutan Hari Ibu buat bonda mereka sehingga membuatkan orang ramai tersentuh.

Menerusi video dikongsikan oleh Adelia Sofeaa di TikTok, awalnya mereka sekeluarga menyambut Hari Ibu dengan membawa kek buat wanita istimewa itu.

Sebaik meniup kek tersebut, Adelia dan adik-beradiknya kemudian memberikan hadiah iaitu sebuah kuali dan kelihatan dia sangat gembira mendapat barangan dapur berkenaan.

Siap ambil giliran untuk berikan warkah pada ibu tercinta

Tidak lama kemudian kesemua adik-beradik Adelia membuat cabutan untuk menentukan siapakah yang akan mula memberikan ‘warkah’ kepada ibu tercinta.

Giliran pertama jatuh kepada Acik, dia kemudian memberikan warkah itu menerusi telefon bimbit untuk dibaca oleh si ibu.

Ibu baca dalam keadaan sebak dan mengalir air mata

Sewaktu si ibu mula membaca warkah tersebut mereka turut memasang lagu ‘Buatmu Ibu’ yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Aeman dan kelihatan wanita itu mula sebak.

Dalam warkah tersebut anaknya berterima kasih atas segala pengorbanan dilakukan daripada melahirkan, menjaga kesihatan mereka dan banyak lagi.

Perkara itu secara tidak langsung telah membuatkan ibu serta anak-anaknya mengalirkan air mata atas luahan yang dibuat.

Acik dan ibu kemudian saling berpelukan sebelum giliran adik memberikan warkah dari dirinya kepada ibu.

Reaksi ibu pada warkah yang ditulis oleh adik dalam satu kad ucapan berserta gambar mesranya dengan ibu turut membuatkan wanita disayangi itu sekali lagi mengalirkan air mata.

https://www.tiktok.com/@adelia.sofeaa/video/7368752942863764743?_r=1&_t=8mUcGpoLDRn

Ramai tersentuh kerana teringat pada ibu

Melihat di ruangan komen perkongsian itu turut membuatkan ramai tersentuh apabila melihat reaksi si ibu membaca warkah yang ditulis oleh anak-anaknya.

Malah ada juga menyifatkan perkara itu membuatkan dia teringat pada ibu yang berada jauh atau sudah tidak ada lagi di muka bumi ini.

“Tak aku tak nangis pun, ni air mata saja”

“Allahu untungnya kalian masih ada bonda di sisi. Dapat melihat senyumannya, tawanya, hargailah mereka selagi ada”

“Kain tuala aku basah teruk siap boleh perah lagi, semoga mama panjang umur dan sihat selalu”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd