Now Reading
[Video] Kenyataan Phua Chu Kang Lebih Gemar Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura Undang Perhatian Netizen

[Video] Kenyataan Phua Chu Kang Lebih Gemar Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura Undang Perhatian Netizen

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat menikmati Nasi Lemak di Malaysia menggunakan tangan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Negara kita sememangnya syurga makanan bagi mereka yang gemar mencuba pelbagai jenis hidangan. Cakap je nak makan apa, semua ada.

Antara menu yang menjadi kegemaran ramai dan popular dalam kalangan para pelancong di Malaysia adalah Nasi Lemak yang disajikan dengan telur rebus, kacang tanah, timun, sambal, ikan bilis dan nasi.

Kalau nak lagi sedap, boleh makan dengan ayam goreng atau sambal paru. Terliur pula kami!

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Nasi Lemak Ke?” – Menu Nasi Kandar Di Singapura Buat Ramai Mula Pertikai & Keliru

Baca Artikel Berkaitan: CIA Gelar Nasi Lemak Sebagai ‘Fat Rice’ Undang Pelbagai Reaksi Rakyat Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong China Kritik Nasi Lemak Atas Pesawat Tak Sedap Undang Perhatian Ramai

Gambar sekadar hiasan.

Phua Chu Kang Pun Suka Nasi Lemak Di Malaysia

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@danieldineskl), TikToker ini dilihat bersama-sama dengan seorang pelakon yang terkenal dengan karakter Phua Chu Kang iaitu Gurmit Singh.

Pelakon tersebut katanya mahu mencari Nasi Lemak sekitar Malaysia dan telah dibawa ke sebuah kedai bernama Mali’s Corner.

Sumber: TikTok (@danieldineskl)

Ketika ditanya oleh TikToker tersebut sama ada lebih menggemari Nasi Lemak di Malaysia atau Singapura, Gurmit tanpa berfikir panjang terus menjawab Malaysia sebagai pilihannya.

Kalau korang tengok pinggan Nasi Lemak yang diambil oleh pelakon berkenaan, memang ‘meriah’. Siap ada tauhu bergedil, ayam goreng, telur rebus dan kuah kari.

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Gurmit dilihat menikmati hidangan berkenaan menggunakan tangan, berbeza dengan TikToker di sebelahnya yang menggunakan sudu dan garfu.

Sumber: TikTok (@danieldineskl)

Mereka juga sempat bermain permainan di mana Gurmit perlu memilih Malaysia atau Singapura sebagai lokasi pillihan bagi beberapa hidangan.

Antara jawapan yang diberikan oleh pelakon terbabit adalah:

  • Nasi Lemak: Malaysia
  • Nasi Ayam: Malaysia
  • Mi Hokkien: Malaysia
  • Bak Kut Teh: Singapura
  • Ketam Cili: Singapura
  • Char Kuey Teow: Singapura

Gurmit juga mendedahkan bahwa dia kini berada di Malaysia bagi mempromosikan persembahan komedi terbaharu di mana dia memegang watak sebagai Hero Singh.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih tontonan sebanyak satu juta setakat artikel ini ditulis.

@danieldineskl

Brought Phua Chu Kang to eat our local Malaysian Nasi Lemak. His NEW comedy show is coming on 20th and 21 July 2024 at HGH Convention Centre, Kuala Lumpur #phuachukang #laughdieyou #gurmitsingh #herosingh

♬ original sound – danieldineskl – danieldineskl

Netizen Teruja Lihat Phua Chu Kang Di Malaysia

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang meluahkan rasa teruja melihat pelakon tersebut yang berada di Malaysia dan menikmati hidangan Nasi Lemak.

Malah, ramai juga netizen yang memberi pujian kepadanya kerana memakan hidangan berkenaan menggunakan tangan dan boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

“Aku tengok dia makan pakai tangan sampai lupa dia tu Singh,” kata netizen

Kelibatnya dalam video tersebut membuatkan netizen turut merindui gelagatnya dalam siri televisyen Phua Chu Kang.

Sumber: TikTok

Profil Tentang Gurmit Singh

Gurmit Singh atau nama penuhnya Gurmit Ottawan Singh yang kini berusia 59 tahun merupakan seorang pelawak dan personaliti televisen warga Singapura yang dilahirkan pada 24 Mac 1965.

Sumber: Instagram @gurmit.65

Pelawak ini mempunyai darah campuran di mana bapanya merupakan seorang Sikh India manakala ibunya pula mempunyai keturunan Cina dan Jepun.

Beliau mula dikenali ramai selepas memegang watak Phua Chu Kang dalam siri Singlish (Singapura + English) Phu Chu Kang Pte Ltd pada tahun 1997 sebelum mempunyai sambungan Phua Chu Kang Sdn Bhd yang dilakonkan di Malaysia.

Kejayaan Phu Chu Kang The Movie turut menjadikan Gurmit sebagai calon dalam anugerah Aktor Terbaik di Golden Wau Awards pada tahun 2013.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd