Now Reading
[Video] Pemandu Myvi Tunda Trak Lori Raih Perhatian Orang Ramai

[Video] Pemandu Myvi Tunda Trak Lori Raih Perhatian Orang Ramai

Memang makin ramai yang akan gelar Myvi sebagai ‘King of The Road’ lepas tengok kebolehan kereta ini menunda lori tanpa muatan.

MYVI TUNDA LORI

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila sebut sahaja kereta Myvi, mesti ramai akan menggelarnya sebagai ‘king of the road’.

Mana tidaknya, pemilik kereta keluaran Perodua ini dikatakan sering melakukan aksi-aksi luar biasa di jalan raya sehingga tular dan menjadi bualan orang ramai.

Antaranya pernah ‘terbang’ melepasi longkang besar, ‘panjat’ tebing jalan dan macam-macam lagilah.

BACA JUGA: [Video] Aksi Myvi Redah Hutan Berliku Untuk Ke Kebun Durian. Selamba Je!

Kereta Myvi siap boleh tunda trak lori di jalan raya

Baru-baru ini, kereta Perodua Myvi sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas dikatakan mampu menunda sebuah trak lori di jalan raya.

Menerusi perkongsian dimuat naik di laman TikTok (@labus27), video tersebut menunjukkan pemandu hanya menggunakan kereta Myvi ketika menunda trak lori jenis ShacMan73 Type-SSS pada waktu malam di sebuah jalan raya.

Sumber: TikTok/labus27

Lebih mengagumkan apabila Myvi berkenaan dilihat tidak mengalami sebarang masalah ketika ‘menarik’ lori yang bersaiz jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kereta keluaran Perodua itu.

Video tersebut telah meraih 140,000 jumlah tontonan di TikTok setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@labus27/video/7129137594104827163?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Ramai tak sangka Myvi boleh ‘tarik’ lori

Walaupun sudah biasa dengan gelaran’ kereta pelbagai kebolehan’, namun ramai yang tidak sangka kereta Myvi ini mampu melakukan aksi sedemikian.

Di ruangan komen, pengguna media sosial pun sendiri ‘terpukau’ dengan kebolehan Myvi berkenaan. Risau selepas ini ramai pemandu Myvi ambil part time job buat ‘towing’ pula.

Mujur juga lori yang ditunda itu tidak membawa sebarang muatan. Kalau tidak menangis oi!

Myvi ini memang kecil-kecil cili padi betul. Nampak je kecil, tapi kekuatan dia memang tak boleh dijangka.

BACA JUGA: Nak Bakar Sampah, Terbakar Myvi


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd