Now Reading
[Video] Gadis Sebak Bagi Nasi & Air Kepada Pakcik Tua Sambil Lihat Keadaannya

[Video] Gadis Sebak Bagi Nasi & Air Kepada Pakcik Tua Sambil Lihat Keadaannya

Warga emas berstatus gelandangan dari Kelantan itu memberitahu bahawa dia tidak tinggal bersama anaknya yang duduk berhampiran Lapangan Terbang Subang.

[Video] Gadis Sebak Bagi Nasi & Air Kepada Pakcik Tua Sambil Lihat Keadaannya

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebagai seorang anak, kita perlulah menghargai segala jasa dan pengorbanan mereka yang telah membesarkan kita dari bayi sehingga menjadi orang yang berjaya.

Tidak dinafikan apabila anak semakin dewasa, masing-masing akan mempunyai kehidupan sendiri. Ada yang sibuk dengan kerjaya, ada juga yang sudah berkeluarga.

Namun, itu tidak boleh menjadi dijadikan alasan untuk anda mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu bapa yang semakin berusia.

BACA JUGA: [Video] Anak Halau Ibu, Sanggup Letak Di Rumah Orang Tua Sebab Sibuk ‘Kerja’

Warga Emas Seorang Diri Duduk Di Lantai Beralas Kotak Di Kaki Lima

Menerusi perkongsian dimuat naik di laman TikTok (@khaleeda_nasuha), video itu memaparkan seorang gadis sedang menuju ke arah seorang pakcik tua yang duduk bersendirian di atas lantai beralaskan kotak bersama beg miliknya.

Sambil bertanya sama ada warga emas itu sudah makan atau belum, gadis itu dilihat menghulurkan bungkusan nasi serta air minuman kepadanya sambil menahan sebak.

Gadis tersebut sempat bertanya sama ada pakcik itu mempunyai anak atau tidak.

Jawapan yang diberikannya pula membuatkan suasana bertambah hiba apabila dia memberitahu dia yang berasal dari Kelantan tidak tinggal bersama anaknya yang duduk berhampiran Lapangan Terbang Subang.

Walaupun keadaannya itu membuatkan gadis berkenaan pilu, tetapi pakcik itu dilihat cuba menyembunyikan perasaan sedihnya sambil memberikan senyuman serta ketawa ketika bercerita.

Video berkenaan telah meraih 2.4 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@khaleeda_nasuha

Nak mintak tolong share sampai anak anak dia jumpe video .Aku dah tak dapat tahan air mata weh#fyp #foryou #foryoupage #viral#foryourpage

♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto

Ramai Sebak & Tak Sanggup Lihat Keadaan Pakcik Itu

Di ruangan komen, rata-rata netizen juga sebak dan ada yang mengalirkan air mata kerana sedih melihat keadaan pakcik tersebut seorang diri duduk di bahagian lantai.

Malah ada yang meluahkan rasa terkilan kerana terdapat anak yang sanggup melakukan perkara sedemikian kepada ibu bapa mereka. Keadaan itu juga membuatkan mereka yang sudah kehilangan ayah teringat kepada bapa mereka.

Dalam pada itu, netizen turut menasihati orang ramai untuk menyayangi dan menghargai ayah anda selagi mereka masih bernyawa.

Selagi ibu bapa kita masih ada di dunia ini, hargai mereka dan sentiasalah bertanya khabar. Tanpa mereka, kita mungkin tak akan berjaya seperti sekarang.

Janganlah kita menjadi anak yang derhaka kepada kedua orang tua semata-mata ingin mengejar kehidupan duniawi yang tidak menjanjikan apa-apa.

Duit boleh dicari, tetapi ibu bapa tiada ganti.

BACA JUGA: “Terima Kasih Bawa Mak Jalan” – Ramai Tersentuh Hati Baca Luahan Ibu Hargai Anak Penuhi Kehendak Mak

BACA JUGA: [Video] Bapa Menangis Rindukan Anak Tapi Kena ‘Block’ Di WhatsApp Pula


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd