Now Reading
GSC Bakal Tutup Lebih Banyak Panggung Wayang Tahun Ini

GSC Bakal Tutup Lebih Banyak Panggung Wayang Tahun Ini

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Koh Mei Lee penutupan tersebut didorong oleh ketepuan pusat membeli-belah terutamanya di Lembah Klang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak 2021, Golden Screen Cinemas (GSC) Sdn Bhd telah menutup operasi beberapa panggung wayang miliknya.

Pada Mac tahun ini, tiga panggung wayang GSC juga telah ditutup iaitu di pusat membeli-belah 3 Damansara, Heritage Mall Kota Tinggi dan Klang Parade.

Ketua Pegawai Eksekutif, Koh Mei Lee ketika itu berkata penutupan tersebut merupakan sebahagian daripada pelan strategik syarikat untuk mengoptimumkan kecekapan operasi.

Baca Artikel Berkaitan: GSC Bakal Tutup Cawangan Di Alamanda Putrajaya Ogos Ini

Baca Artikel Berkaitan: GSC Berjaya Times Square Umum Bakal Henti Operasi 27 November Ini


Lebih Banyak Panggung GSC Akan Ditutup Tahun Ini

Terkini, Business Insider mendedahkan bahawa syarikat terbabit akan menutup lebih banyak panggung wayang miliknya pada tahun ini.

Koh berkata penutupan tersebut didorong oleh ketepuan pusat membeli-belah terutamanya di Lembah Klang. Perkara ini seterusnya menyebabkan pelanggan mempunyai banyak akses terhadap pelbagai pilihan hiburan.

“Perkara ini menyebabkan penutupan panggung lama di pusat membeli belah dengan kurang jejak dan mengutamakan panggung baharu di kawasan berdekatan, seperti GSC LaLaport BBCC yang dalam lingkungan GSC Berjaya Times Square yang sebelum ini telah ditutup,” kata Koh.

Di samping itu, Koh memaklumkan bahawa penutupan tersebut akan membolehkan kru untuk menumpukan fokus di lokasi strategik dengan jejak dan ketumpatan penduduk lebih tinggi.


Perkhidmatan Penstriman Bukan Cabaran Utama Panggung Wayang

Salah satu servis lain yang menawarkan tontonan filem adalah perkhidmatan penstriman dalam talian yang sedikit sebanyak mengubah landskap hiburan.

Koh berkata bahawa kedua-duanya saling wujud bersama dan menawarkan kelebihan yang berbeza bagi penonton.

Perkhidmatan penstriman menawarkan hiburan di rumah di hujung jari, namun bagi penonton yang ingin merasai pengalaman lebih mengasyikkan boleh menonton wayang di panggung.

Tambah Koh, dinamik ini bukanlah cabaran utama buat syarikat GSC.


Cabaran Dalam Industri Beri Impak Terhadap Panggung Wayang

Dalam masa sama, Koh mengakui cabaran dialami industri seperti mogok penulis Hollywood pada tahun 2023 yang mengekang penerbitan baharu dan menangguh penghasilan filem blokbuster.

Perkara ini memberi kesan jangka masa pendek dan sederhana terhadap industri wayang negara.

Kekurangan kandungan segar dan berkualiti dari Hollywood menjejaskan kemasukan secara keseluruhan.

Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Koh Mei Lee.

GSC Akan Bawa Lebih Banyak Filem Serantau & Tempatan

Walaupun begitu, Koh berkata keadaan ini akan memberi ruang kepada pihaknya untuk menayangkan lebih banyak kandungan serantau dan tempatan, yang sejajar dengan komitmen dalam mengukuhkan landskap filem negara.

Kita mempunyai barisan kandungan serantau yang kuat dari China, Indonesia, Singapura dan Korea yang telah membantu dalam merapatkan jurang dari kekurangan filem Hollywood.

Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Koh Mei Lee.

Dia percaya bahawa penonton akan memenuhi panggung dengan tayangan kandungan yang segar dan menarik.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd