Tentera IDF Dimasukkan Ke Hospital Gara-gara Disengat Tebuan Ketika Lakukan Serangan Ke Atas Gaza
Kejadian di selatan Semenanjung Gaza itu berlaku selepas salah satu kereta kebal milik IDF secara tidak sengaja dipercayai memijak tebuan tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak 7 Oktober sehingga ke hari ini (13 Mei), masyarakat Palestin masih terus dibelenggu serangan peluru bertubi-tubi dari Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
Masyarakat dunia juga berterusan melakukan protes membantah kekejaman yang dilakukan kepada rakyat Gaza terutamanya kanak-kanak, warga emas dan wanita.
Selain itu, orang ramai juga sedaya upaya untuk memboikot barangan yang dipercayai telah menyumbang dana peruntukan untuk pembelian senjata bagi pasukan IDF.
Askar IDF Diserang Tebuan Semasa Sedang Menyerang Gaza
Memetik laporan Business Insider, IDF pada Jumaat lalu (10 Mei) telah dikejutkan dengan satu kejadian luar biasa yang jarang berlaku ketika sedang melakukan operasi serangan ke atas Palestin.
Mereka secara tiba-tiba diserang oleh sekumpulan tebuan sehingga mengakibatkan 11 anggota askar IDF telah disengat dan terpaksa dimasukkan ke dalam hospital.
Dipercayai kejadian di selatan Semenanjung Gaza itu berlaku selepas salah satu kereta kebal milik IDF tidak sengaja dipercayai memijak tebuan tersebut.
Pengarah Pusat Perubatan Kecemasan Sheba, Dr Avi Ironi menjelaskan dia belum melihat serangan melibatkan ratusan tebuan terhadap seseorang sehingga memerlukan mangsa untuk menjalani rawatan rapi.
Beberapa gambar dipercayai milik wajah tentera IDF yang disengat juga telah dimuat naik di laman X (@Nadira_ali12)
IOF soldiers stung by wasps🤣🤣 pic.twitter.com/6DA6wrlSJF
— Nadira Ali🇵🇸 (@Nadira_ali12) May 10, 2024
Trending ‘Blockout’ Kini Tular Di Malaysia
Trending ‘Blockout 2024’ yang dimulakan dengan menyekat artis-artis antarabangsa di acara Met Gala kini mula tersebar pula di Malaysia melibatkan penggiat seni serta influencer tempatan.
Ia dilakukan kepada mereka yang tidak menunjukkan sebarang sokongan kepada Palestin dan tidak memboikot jenama barangan yang membiayai dana untuk pihak IDF.
Segelintir masyarakat mendakwa terdapat beberapa selebriti Malaysia yang dicadangkan untuk diblok kerana dikatakan tidak menunjukkan sokongan kepada Palestin.
Seorang pengguna TikTok (@izwanhs) berkata terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum bertindak menyekat artis dan pempengaruh tempatan. Antaranya:
- Pernah bersuara tentang isu Palestin tetapi masih mengambil tawaran kerja membuat ulasan produk dari senarai harus diboikot.
- Langsung tidak ambil tahu mengenai situasi yang berlaku di Palestin.
- Selalu lihat golongan tersebut promosi barangan pro-zionis di FYP (for you page).
- Mendiamkan diri walaupun peperangan sudah berlangsung melebihi 200 hari.
Namun, ada juga netizen yang kurang bersetuju memandangkan sasaran ‘blockout’ sebenarnya adalah untuk selebriti di negara yang menyokong Israel antaranya Amerika Syarikat.
Jelasnya, senarai nama yang dikeluarkan netizen Malaysia untuk memboikot selebriti tempatan adalah tidak tepat dan kurang wajar melainkan ada alasan yang kukuh.
Malah dia berpendapat ada selebriti yang terpaksa meneruskan kontrak (dengan jenama pro-Israel) kerana tidak menyangka perang akan bermula pada 7 Oktober 2023.
Ini kerana pembatalan kontrak tidak semudah ABC.
#Blockout2024 is here mostly to pressure celebrities WHO SUPPORT ISRAEL or INDIFFERENT TOWARDS PALESTINE.
— Puteri N. Balqis 🍉 (@puteriarchy) May 12, 2024
It is more effective in the countries that by default, is against Palestine.
Antara negara yang against ni siapa? The States.
Dalam The States, ada apa?
Ada Hollywood.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Orang Ramai Mula ‘Blockout’ Selebriti & Influencer Gara-gara Didakwa Tak Cakna Isu Palestin
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.