Now Reading
“Jangan Terpengaruh Dengan Iklan Haji Palsu Di Media Sosial” – Arab Saudi

“Jangan Terpengaruh Dengan Iklan Haji Palsu Di Media Sosial” – Arab Saudi

Antara perkhidmatan haji yang ditawarkan oleh iklan palsu sedemikian adalah pengangkutan ketika menunaikan ibadah itu serta penyediaan dan pengagihan haiwan korban bagi para jemaah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Haji adalah rukun Islam kelima yang diwajibkan ke atas umat Islam yang berkemampuan. Oleh itu, menjadi impian setiap orang yang beriman untuk menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Namun begitu, orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya dengan penipuan atau scam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sumber gambar: Pexels

Pelbagai Perkhidmatan Ditawarkan Iklan Palsu Haji

Hari ini (13 Mei), pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan tawaran perkhidmatan haji di media sosial yang tidak dapat disahkan dan palsu.

Menurut kenyataan Direktorat Agung Keselamatan Awam Arab Saudi, iklan palsu yang dikeluarkan individu atau agensi yang tidak dikenal pasti bertujuan untuk menipu masyarakat tentang perkhidmatan berkaitan haji.

Selain daripada menawarkan perkhidmatan pengangkutan ketika haji dan penunaian haji bagi pihak lain, iklan palsu tersebut turut mempromosikan servis penyediaan dan pengagihan haiwan korban untuk jemaah haji, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Tegasnya lagi, individu yang didapati terlibat dengan aktiviti penipuan sedemikian akan dikenakan hukuman berat.


‘Adahi’ Dilantik Kerajaan Arab Saudi

Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi turut mengingatkan kepada jemaah haji bahawa mereka boleh mendapatkan perkhidmatan ‘The Kingdom of Saudi Arabia Project For Utilisation Of Hady & Adhi (Adahi) untuk urusan korban.

Kami juga ingin menjelaskan Adahi merupakan satu-satunya pihak berkuasa rasmi yang dilantik oleh kerajaan Arab Saudi dan bertanggungjawab dalam urusan kupon Hady, Adahi, Fidyah dan Sedekah bagi pihak jemaah haji.

Direktorat Agung Keselamatan Awam Arab Saudi.

Untuk menjalankan urusan tersebut, pihaknya berkata jemaah haji boleh melawati laman web rasmi adahi.org, platform elektronik rasmi seperti ‘Ehsan National Platform for Charitable Work’ atau mana-mana cawangan yang bertauliah.


Sentiasa Patuhi Undang-Undang Haji

Dalam masa sama, pihaknya mengingatkan orang ramai agar mematuhi peraturan dan garis panduan Haji yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Pelanggaran undang-undang harus segera dilaporkan melalui panggilan 911 di Mekah, Riyadh dan Wilayah Timur, atau 999 di wilayah lain.

Untuk makluman, penalti sebanyak 10,000 riyal (RM126) akan dikenakan terhadap individu yang melanggar peraturan dan arahan musim haji.

Sumber gambar: Pexels

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd