Now Reading
Pekerja Asing Di Malaysia Ada Wang Simpanan Lebih RM300,000, Ramai Luah Rasa Tak Puas Hati

Pekerja Asing Di Malaysia Ada Wang Simpanan Lebih RM300,000, Ramai Luah Rasa Tak Puas Hati

Jumlah simpanan itu diketahui oleh seorang lelaki ketika membantu seorang pekerja asing Bangladesh mengeluarkan wang di ATM.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pernah tak orang tidak dikenali meminta bantuan anda untuk menggunakan atau mengeluarkan wang di mesin juruwang automatik (ATM)?

Baru-baru ini, seorang lelaki telah dikejutkan dengan amaun simpanan yang amat tinggi dimiliki oleh seorang pekerja asing ketika membantunya di ATM satu kedai serbaneka.

Menurutnya, pekerja asing tersebut telah meminta bantuan untuk mengeluarkan wang sebanyak RM6,000. Malah, dia turut meminta menyemak baki akaunnya, yang memaparkan simpanan lebih RM300,000.

Lelaki berkenaan berkata perkara itu menyebabkan dia berasa seolah-olah ‘merempat’ di negara sendiri.

Ada orang Bangladesh minta aku withdraw kan duit dia dari ATM machine kat 7E. Aku tanya berapa nak keluarkan. Dia kata ENAM RIBU. Tengok baki dia dulu. MORE THAN 300 RIBU kalau aku tak silap tengok lah. Terasa merempat kat negara sendiri pula.

Hazy_Rain (@justalhafiz)

Sememangnya jumlah wang simpanan ini mengejutkan memandangkan wujudnya tanggapan umum bahawa pekerja asing sering melakukan kerja-kerja bergaji rendah dan mempraktikkan kehidupan yang sederhana.


“Mampu Ke Kita Hidup Macam Pekerja Asing?” – Netizen

Perkara ini mencetuskan perbincangan tentang bagaimana pekerja asing dapat mengumpul wang simpanan sebanyak itu dan implikasi yang lebih luas terhadap pekerja tempatan serta ekonomi negara.

Sesetengah individu mendakwa simpanan sedemikian berjaya dicapai kerana pekerja asing, seperti dari Bangladesh, menjalankan hidup yang sederhana dan amat berjimat-cermat.

Antara gaya hidup yang dikatakan adalah berkongsi tempat tinggal, menggunakan pengangkutan awam, banyak berjalan kaki dan hanya makan nasi dengan kuah dan sayur-sayuran sahaja. Perkara-perkara yang sesetengah warga tempatan tidak mampu untuk praktikkan.

Pekerja asing di Malaysia sering menjadi satu titik perbalahan dengan sesetengah warganegara berasa tidak berpuas hati terhadap persaingan untuk mendapatkan pekerjaan dan tanggapan impak ke atas gaji.

Malah, terdapat juga isu lain yang dibangkitkan seperti aktiviti perniagaan tanpa lesen dan tidak membuat pembayaran cukai, terutamanya dalam kalangan pendatang asing tanpa izin.

@demirakyatchannel

Viral video terjah yang dilakukan orang tempatan berikutan senangnya warga asing Rohingya berniaga sesuka hati di negara kita. Dengan alasan isteri orang tempatan, tiada lesen SSM mereka meniaga senang lenang dan menjual rokok seludup secara berleluasa. Lokasi ini difahamkan di Batu Feringgi Penang #CapCut rohingya. #rohingyamalaysia #rohingyatiktok #niagaharam #rokokseludup #viralmalaysia #demirakyat #demirakyatchannel

♬ Horror BGM of piano and strings – Shinnosuke Shibata

Melindungi Hak Pekerja Di Malaysia

Kerajaan telah sekian lama bergelut dengan cabaran untuk mendapatkan imbangan antara keperluan pekerja asing dan melindungi kepentingan pekerja tempatan.

Sebagai tindak balas terhadap kebimbangan tersebut, kerajaan telah mempertimbangkan untuk melaksanakan skim simpanan bagi pekerja asing. Menerusi skim ini, pekerja asing hanya boleh mengeluarkan wang simpanan mereka apabila kembali ke negara asal.

Perkara ini bertujuan untuk memastikan pekerja asing meninggalkan Malaysia setelah permit bekerja tamat tempoh, sekaligus menangani masalah menetap lebih masa atau tanpa permit.

Namun begitu, siasatan terbaharu ke atas kes-kes pekerja asing dibiarkan tidak bekerja dan tanpa pasport, menunjukkan bahawa mereka lebih terdedah kepada pelbagai masalah.

Insiden sedemikian menggariskan kepentingan pengawalan dan perlindungan hak pekerja asing yang lebih ketat, sementara mengekalkan peluang adil dan saksama bagi warganegara.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd