Now Reading
Gaji RM4,200 Tapi Hanya Guna RM200, Lebihan RM4,000 Buat Sara Keluarga Di Kampung

Gaji RM4,200 Tapi Hanya Guna RM200, Lebihan RM4,000 Buat Sara Keluarga Di Kampung

Pekerja dipercayai warga Bangladesh itu berkata dia hanya menggunakan RM200 buat dirinya dan tidak menghabiskan pendapatan untuk pakaian serba baru.

https://www.tiktok.com/@anuarnazif/video/7334267242089041159

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum Malaysia merupakan antara negara yang terdiri daripada ramai golongan warga asing seperti dari Bangladesh, Nepal, dan Indonesia. Golongan tersebut difahamkan mengambil keputusan untuk menetap di negara asing bagi mencari sumber rezeki.

Antara faktor lain yang mendorong mereka untuk berhijrah ke sini adalah kerana peluang pekerjaan yang luas serta kadar mata wang lebih tinggi. Dengan gaji tinggi diperoleh, golongan itu mampu membantu dan menyara kehidupan ahli keluarga yang berada di tanah air masing-masing.


Warga Asing Kirim RM4,000 Untuk Ahli Keluarga

Lebih menyayat hati adalah apabila segelintir daripada mereka sanggup mengehadkan perbelanjaan buat diri sendiri walaupun memiliki jumlah pendapatan tinggi.

Situasi itulah yang dilalui oleh seorang pekerja dipercayai daripada Bangladesh di mana dia hanya membelanjakan sejumlah RM200 sahaja setiap bulan buat dirinya untuk menyara kos sara hidup.

Menerusi hantaran tular di laman TikTok (@anuararnazif), lelaki yang bekerja sebagai pekerja binaan sekitar tapak di Johor itu berkata baki gaji sebanyak RM4,000 akan dikirimkan ke ahli keluarga.


Tak Belanjakan Duit Gaji Untuk Beli Barang Baru

Walaupun menggunakan hanya RM200 buat diri sendiri, namun pekerja tersebut dilihat mengukirkan senyuman dan gembira apabila mengenangkan rezeki yang dapat dikongsi dengan insan tersayang.

Tambah pekerja itu, dia juga tidak menggunakan wang tersebut untuk keinginan dan keperluan diri seperti membeli pakaian serba baru.


Reaksi Netizen Lihat Warga Asing Lebih Pentingkan Ahli Keluarga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa sedih selepas mendengar penjelasan oleh pekerja yang lebih mementingkan keperluan keluarga sebelum dirinya.

Malah ada juga yang membandingkan sikap warga asing itu dengan sesetengah pekerja dari Malaysia.

“Orang melayu yang kerja McDonald’s dan KFC yang sokong Israel tak nak kerja. Alasan susah cari kerja,” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@anuararnazif)

Dalam pada itu, ada juga warganet yang menzahirkan rasa hormat mereka terhadap golongan warga asing kerana bersikap jujur serta tidak lupa terhadap ahli keluarga walaupun berada di luar negara.

“Aku suka jenis ni, jujur dengan anak serta bini di kampung. Kerja cara betul, respect,” jelas seorang netizen.

Sumber: TikTok (@anuararnazif)

Perkongsian ini sememangnya boleh memberikan banyak pengajaran dan membuka mata orang ramai terutamanya buat para pekerja.

Semoga selepas ini anda dapat mengelakkan sikap boros membelanjakan duit simpanan dimiliki selain sentiasa cakna dengan ahli keluarga di rumah.

Baca Artikel Berkaitan: Hanya Makan Nasi Dengan Garam Setiap Hari, Warga Bangladesh Berjaya Kumpul 800k Sejak Kerja di Malaysia [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pekerja Asing Di Malaysia Ada Wang Simpanan Lebih RM300,000, Ramai Luah Rasa Tak Puas Hati


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd