Now Reading
[Video] Makcik ‘Sound’ Menteri Secara Bersemuka Lepas Gagal Bertindak Ketika Banjir

[Video] Makcik ‘Sound’ Menteri Secara Bersemuka Lepas Gagal Bertindak Ketika Banjir

Mangsa memaklumkan mereka terpaksa menunggu berjam-jam tetapi tiada satu pun pihak berkuasa yang datang memberi bantuan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Ramai netizen memuji seorang mangsa banjir selepas dilihat berani memberi teguran kepada Bekas Pengerusi MKN Selangor Tan Sri Noh Omar serta meluahkan isi hati dan mengkritik pihak berkuasa kerana kegagalan mereka.

Video tersebut telah tular baru-baru ini apabila wanita itu berkata bahawa agensi kerajaan seharusnya bertindak pantas terhadap situasi kritikal yang dihadapi oleh penduduk Hulu Langat.

Klip video dimuat naik di media sosial menunjukkan wanita tersebut memberitahu Bekas Pengerusi MKN Selangor Tan Sri Noh Omar bahawa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tidak cukup baik.

Ketika ditanya sama ada mangsa sudah menghubungi Jabatan Bomba atau tidak, wanita itu mendakwa bahawa penduduk sudah cuba menghubungi agensi kerajaan tetapi tiada seorang pun daripada yang muncul.

Wanita itu berkata pihaknya cuba menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan kem tentera di Sungai Besi.

Kami sudah menelefon agensi kerajaan tetapi tiada satu tindakan pun diambil ketika kami dalam keadaan kritikal, tiada satu pun agensi kerajaan yang datang membantu kami, kenapa agensi kerajaan hanya datang pada waktu pagi ketika air sudah surut?

Apabila paras air sudah meningkat tinggi sehingga mencecah bumbung mereka, tiada agensi kerajaan yang datang membantu kecuali JPAM.

Tambahnya lagi, walaupun JPAM datang membantu tetapi hanya tiga bot sahaja di seluruh kawasan di mana jumlah itu secara jelasnya tidak mencukupi untuk membantu kesemua penduduk yang terkandas.

Sudah tentu Tan Sri, tiga bot tidak mencukupi untuk membantu kesemua penduduk Hulu Langat, ini masuk akal kan? Mana pergi tentera kita? Pada tahun 2014, saya juga salah seorang mangsa banjir, air cuma paras paha tetapi pihak tentera ada membantu kami.

BACA JUGA: Angkatan Tentera Malaysia Sertai Usaha Bantuan Banjir Tanpa Kelulusan

Walaupun pihak berkuasa tidak memunculkan diri, wanita ini meluahkan rasa syukur apabila ada warga asing yang telah membantu mereka pada waktu itu.

Keadaan agak kritikal pada hari Ahad,namun tiada agensi kerajaan membantu kami kecuali JPAM, sunyi sepi. Untuk makluman, satu-satunya individu yang membantu kami adalah tiga orang warga Indonesia mendayung bot bagi menyelamatkan salah seorang anak jiran terperangkap di atas bumbung rumah dari jam 12.30am sehingga 4.30am. Pada jam 5.30am, pendatang inilah yang datang membantu kami.

Netizen beri sokongan pada mangsa

Warganet dilihat menunjukkan sokongan mereka kepada mangsa kerana bersuara dan mengkritik pihak berkuasa.

Mereka turut memujinya kerana masih boleh bersabar dan menjelaskan keadaan dengan tenang tanpa meninggikan suara meskipun pelbagai kesukaran yang terpaksa dilalui oleh penduduk.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd