Angkatan Tentera Malaysia Sertai Usaha Bantuan Banjir Tanpa Kelulusan
NADMA dan Abdul Latiff Ahmad telah menerima kecaman baru-baru ini kerana gagal mengendalikan isu banjir yang melanda negara pada ketika ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Angkatan Tentera Malaysia mahu membantu usaha bantuan banjir di Selangor yang bermula pada Jumaat (17 Disember) sekitar tengahari – namun tidak mendapat persetujuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Sumber yang mempunyai pengetahuan tentang cara bantuan untuk banjir telah memberitahu TRP bahawa walaupun demikian, Angkatan Tentera terus membantu dengan usaha bantuan walaupun diberitahu ia “bukan keadaan darurat” (not a state of emergency).
Oleh disebabkan itu, ketika Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menyeru Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menghantar tentera untuk membantu, mereka sebenarnya sudah turun padang.
Angkatan Tentera Malaysia mempunyai pengalaman dalam usaha bantuan banjir terutamanya disebabkan oleh banjir hampir setiap tahun di Pantai Timur – khususnya di Kelantan dan Terengganu, dengan beberapa banjir teruk berlaku pada tahun 2014 – saat Hishammuddin berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan sebelum ini.
NADMA, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang menyelia agensi itu baru-baru ini menerima kecaman dan disifatkan gagal dalam menguruskan bencana banjir yang sedang melanda negara.
Abdul Latiff juga menjelaskan bahawa NADMA hanya menguruskan pampasan dan tidak terlibat dalam kerja kejadian bencana alam yang sedang terjadi.
NADMA akhirnya menganjurkan mesyuarat khas Pengurusan Bencana Negara pada 3.00 petang semalam (20 Disember) di bangunan Parlimen, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
TRP telah merujuk kepada NADMA untuk mengulas mengenai perkara ini dan seorang pegawai dari agensi itu berkata mereka akan meningkatkan siasatan kepada pihak atasan.
Setakat petang Isnin, di Pahang dan Selangor – sekurang-kurangnya 7 orang maut akibat banjir dan 61,000 orang telah dipindahkan dari rumah mereka.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.