Now Reading
“Pertama Kali Dalam 8 Tahun” – Pengawal Keselamatan Warga Asing Sebak Pekerja Pejabat Buat Kejutan ‘Birthday’

“Pertama Kali Dalam 8 Tahun” – Pengawal Keselamatan Warga Asing Sebak Pekerja Pejabat Buat Kejutan ‘Birthday’

Keadaan menjadi lebih sebak apabila pengawal keselamatan itu memberitahu dia pertama kali menyambut hari lahirnya selepas lapan tahun bekerja di Malaysia.

sambut hari lahir pengawal keselamatan sebak

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap orang pastinya memiliki tarikh lahir mereka dan rata-ratanya akan menyambut hari istimewa itu bersama ahli keluarga dengan makan di tempat yang ‘fancy’ serta diberi hadiah berharga.

Tetapi, tidak semua orang dapat merasa pengalaman menyambut tarikh istimewa itu bersama keluarga mereka apabila terpaksa merantau jauh bagi mencari rezeki.

Sebelum ini, seorang gadis bersama keluarganya meraikan sambutan hari jadi pekerja warga asing kegemaran mereka bernama Sankar di sebuah kedai mamak.

Pekerja kedai mamak itu terkejut dan terharu kerana mereka sekeluarga menyanyikan lagu ‘happy birthday’ dan membawa kek sempena menyambut hari jadinya.

BACA JUGA: [Video] Pelanggan Sambut Hari Jadi Pekerja Mamak ‘Favourite’ Buat Ramai Sebak


Pengawal Keselamatan Sebak Pekerja Pejabat Buat ‘Surprise’ Hari Jadi

Situasi yang hampir sama dengan sambutan hari jadi pekerja di kedai mamak itu berlaku juga di sebuah pejabat telekomunikasi Tune Talk apabila mereka membuat kejutan kepada seorang pengawal keselamatan.

Menerusi satu video dimuat naik di laman TikTok (@tunetalk), pekerja pejabat di syarikat tersebut dilihat menyambut hari jadi seorang pengawal keselamatan warga asing yang dikenali sebagai Pande atau juga digelar sebagai ‘Bossku’.

Mereka juga sempat menyediakan kek coklat mini dan dipasang satu lilin di atasnya bagi meraikan hari istimewa Pande sambil menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’.

sambut-hari-lahir-pengawal-keselamatan-sebak-2
Sumber: TikTok @tunetalk

Terkejut dengan sambutan itu, pengawal keselamatan berkenaan tidak lekang dengan senyuman sambil memotong kek.

Namun keadaan menjadi lebih sebak sehingga Pande mengalirkan air mata apabila memberitahu dia pertama kali menyambut hari lahir selepas lapan tahun bekerja di Malaysia.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 384,000 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@tunetalk/video/7230664484010986757

Netizen Pun Sebak Tengok Pengawal Keselamatan Mengalir Air Mata Kerana Terharu

Bukan sahaja pengawal keselamatan itu yang mengalirkan air mata, malah netizen di ruangan komen juga memberitahu mereka turut sebak melihat sambutan hari jadi tersebut.

Ramai memuji pekerja-pekerja di pejabat itu yang menyambut hari lahir pengawal keselamatan itu tanpa memandang kepada jenis pekerjaan mereka.

Kami ini pun ‘hati tisu’ ya. Rasa sedih pula tengok pengawal keselamatan itu terharu dengan kejutan hari jadinya.

Percayalah, walaupun sambutan hari jadi tersebut diraikan tanpa percikan bunga api atau sesuatu yang gah, ia tetap bermakna dan pasti akan tersimpan dalam ingatan mereka sampai bila-bila.

BACA JUGA: [Video] Ustazah Sebak Terima Kejutan Ucapan Hari Lahir Dari Anak Murid Ketika Kelas Online

BACA JUGA: Ini 5 Kedai Anda Boleh ‘Claim’ Hadiah Percuma Waktu Birthday


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd