[Video] Ustazah Sebak Terima Kejutan Ucapan Hari Lahir Dari Anak Murid Ketika Kelas Online
Video tersebut meraih perhatian orang ramai oleh kerana betapa lembutnya peribadi seorang ustazah yang dilihat tersentuh dengan ucapan kejutan itu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Tidak dinafikan, sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) ini sememangnya mencabar buat tenaga pelajar dan anak-anak murid.
Mana tidaknya, pelbagai jenis masalah muncul ketika sesi PDPR berjalan.
Ada yang diganggu adik-beradik lain, ada yang putus sambungan internet, ada yang tak dapat memberikan fokus sepenuhnya, dan banyak lagi.
Fuh, memang betul-betul challenging.
Ustazah dapat ‘surprise’
Baru-baru telah tular satu video yang begitu menyentuh hati di mana seorang tenaga pengajar telah dikejutkan dengan ucapan sempena hari lahir oleh kesemua anak muridnya.
Video tersebut meraih perhatian orang ramai oleh kerana betapa lembutnya peribadi seorang ustazah yang dilihat tersentuh dengan ucapan kejutan itu.
“Kenapa ustazah tak nampak satu muka pun? Internet ustazah problem ni,” kata Ustazah tersebut pada mulanya.
Kemudiannya, ustazah tersebut terus memanggil nama anak-anak muridnya itu kerana risau jikalau sambungan internetnya terputus.
Akhirnya…
Ala sebaknya tengok video ni…. Lembut je ustazah dia…. Terima kasih untuk semua guru guru atas segala ilmu yang dicurahkan kepada kami 🥺❤️
— Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976) September 12, 2021
Video: arismustapa_official pic.twitter.com/oeiCr6r0fd
Alahai, sebaknya tengok.
Lembut betul cara ustazah ucap terima kasih kerana mengingati hari lahirnya dan dia turut dilihat benar-benar tersentuh dengan kelakuan anak muridnya itu.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.