Now Reading
[Video] Masih Tenang Selamatkan Anak Jatuh Dalam Kolam Ikan, Wanita Ini Raih Pujian

[Video] Masih Tenang Selamatkan Anak Jatuh Dalam Kolam Ikan, Wanita Ini Raih Pujian

Ketika kejadian si ibu dilihat tenang namun pantas terjun untuk menyelamatkan anak perempuannya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di kawasan rekreasi berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali berdepan dengan situasi yang mencemaskan atau panik setiap individu mempunyai cara yang berbeza-beza untuk mengawalnya.

Ada segelintir yang akan bertindak menjerit, menagis serta banyak lagi.

Namun berbeza dengan deorang ibu ini apabila dia dilihat tenang ketika sedang berusaha menyelamatkan anak perempuannya selepas terjatuh di dalam kolam ikan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ahfad di TikTok, awalnya kelihatan si ibu bersama dua orang kanak-kanak berkenaan berada di tepi kolam dipercayai sedang memberi ikan makan menggunakan roti.

Anak keduanya kemudian dilihat berjalan ke sana sini mungkin kerana teruja melihat ikan, manakala si kakak hanya berdiri dan fokus memberi ikan makan.

Si ibu kemudian menghalang anak keduanya daripada berada terlalu dekat dengan kolam kerana bimbang akan terjatuh.

Anak jatuh dalam kolam ikan, tindakan ibu segera terjun dapat selamatkan si kecil

Namun di saat si kakak cuba untuk membaling roti lebih jauh dia gagal mengimbangkan badannya lalu terjatuh ke dalam kolam.

Si ibu kemudian cuba untuk menarik kanak-kanak berkenaan namun gagal sebelum bertindak terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan anaknya.

Ketangkasan si ibu serta paras air yang tak terlalu dalam dapat menyelamatkan nyawa anaknya.

Apa yang mencuri tumpuan, dia juga dilihat tenang meskipun sedang berdepan dengan situasi yang cukup ditakuti oleh para ibu bapa.

Ahfad di ruang kapsyen kemudiannya meminta ibu bapa serta penjaga untuk sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka khususnya apabila berada di kawasan berdekatan air seperti kolam, tasik, sungai dan sebagainya

Melihat di ruangan komen, ramai yang bersyukur kerana kanak-kanak itu sempat diselamatkan.

Tidak kurang juga ada yang tertarik dengan cara si ibu mengawal keadaan ketika berdepan detik mencemaskan.

https://www.tiktok.com/embed/v2/7361281978676694279?lang=en-US&referrer=https%3A%2F%2Fwww.buzzkini.com%2Ftrending%2F2024%2F04%2F25%2Freaksi-tenang-ibu-selamatkan-anak-jatuh-kolam-ikan-raih-pujian-video%2F&embedFrom=oembed

“Ya Allah kak saya nak belajar dari akak macam untuk tak panik. Kalau saya tu suara yang terjun dulu dalam air”

“Mujurlah tak dalam. Kita ni tak reti berenang”

“Penah jadi depan mata saya kerja dekat restoran. Sorang budak bagi makan ikan terjatuh dalam kolam. Sorang datin tu terjun selamatkan budak tu”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd