Now Reading
Ini 5 Kedai Anda Boleh ‘Claim’ Hadiah Percuma Waktu Birthday

Ini 5 Kedai Anda Boleh ‘Claim’ Hadiah Percuma Waktu Birthday

Kena daftar sebagai ahli menerusi aplikasi mereka terlebih dahulu, baru boleh buat penembusan semasa hari lahir.

tebus semasa hari lahir

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Dalam tradisi masyarakat, ianya menjadi suatu kebiasaan untuk meraikan seseorang secara istimewa pada hari kelahiran mereka.

Selalunya mereka akan menyambutnya dengan makan di restoran bersama ahli keluarga atau piknik di luar bersama rakan-rakan di taman. Seronok juga kan?

Tahu tak, hari lahir anda boleh menjadi lebih istimewa dengan cara menebus hidangan percuma di beberapa outlet makanan terkenal.

Nak tahu apa yang boleh ada dapat secara percuma? Antaranya adalah seperti berikut:

1. Baskin Robbins

Sumber: Taste of Homes

Di Baskin Robbins, anda boleh tebus satu scoop aiskrim mana-mana perisa pilihan. Yang penting, jangan lupa muat turun dan daftar sebagai ahli menerusi aplikasi Baskin-Robbins Malaysia di Google Play Store atau Apple App Store.

Baucar percuma tersebut hanya boleh ditebus pada tarikh hari lahir anda sahaja.

2. IlaoIlao

Sumber: Time Out

Kalau anda sukakan manisan yogurt, llaollao adalah salah satu menu yang boleh didapatkan secara percuma sempena hari lahir. Anda boleh dapat satu produk llaollao secara percuma ya. Best!

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  • Muat turut dan daftar sebagai ahli llaollao menerusi aplikasi llaollao: myllaollaoclub di Google Play Store atau Apple App Store.
  • Tunjukkan tarikh lahir di akaun MyllaollaoClub ketika di mana-mana kaunter llaollao.
  • Pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya satu mata transaksi sebelum membuat penembusan sempena hari lahir.
  • E-baucar akan dimasukkan ke dalam akaun MyllaollaoClub pada hari lahir anda dan sah digunakan dalam tempoh 10 hari.

3. Starbucks

Sumber: mygreatsales

Siapa tak kenal jenama minuman kopi terkenal di seluruh dunia iaitu Starbucks. Di sini juga ada minuman bukan berasaskan kopi seperti coklat dan teh.

Macam biasa, anda perlu muat turun dan daftar di aplikasi mereka iaitu Starbucks Malaysia menerusi Google Play Store atau Apple App Store sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh lahir. Selepas itu, barulah boleh membuat penembusan sempena hari lahir.

Caranya adalah dengan menunjukkan kad Starbucks atau aplikasi mereka di mana-mana cawangan Starbucks dan anda boleh dapatkan satu potong kek secara percuma dengan sebarang pembelian.

4. ZUS Coffee

Cara untuk menebus di ZUS Coffee juga sama seperti kedai-kedai lain iaitu dengan mendaftarkan diri menerusi aplikasi mereka yang boleh dimuat naik di Google Play Store atau Apple App Store.

Baucar untuk anda tebus ‘hadiah’ hari jadi daripada ZUS Coffee ini adalah untuk tempoh satu bulan sahaja ya!

5. Family Mart

Sumber: Inside Retail Asia

Jangan lupa untuk muat turun aplikasi My FamilyMart di Google Play Store atau Apple App Store untuk membolehkan anda menebus satu Sofuto percuma sempena hari lahir.

Baucar tersebut sah sehingga hujung bulan sahaja.

Antara kedai lain yang boleh membuat penembusan sempena hari lahir:

  • Tealive
  • Seoul Garden Malaysia
  • Morganfield’s
  • Gong Cha
  • TGI Fridays
  • The Coffee Bean & Tea Leaf

Apa lagi? Jangan lupa tebus ‘hadiah’ percuma anda sempena hari lahir di kedai-kedai tersebut.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd