Now Reading
[Video] “Uncle Baik” – Ramai Sebak Lihat Para Murid Cium Tangan & Beri Hadiah Pada Pak Guard Di Majlis Perpisahan

[Video] “Uncle Baik” – Ramai Sebak Lihat Para Murid Cium Tangan & Beri Hadiah Pada Pak Guard Di Majlis Perpisahan

Bukan sekadar mencium tangan, malah ada juga yang dilihat berpelukan dengan pengawal keselamatan terbabit semasa majlis perpisahan tersebut.

https://www.tiktok.com/@lindalabu/video/7307240341944536322

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan, begitulah lumrah kehidupan di atas muka bumi ini yang sememangnya tidak akan berkekalan lama.

Perpisahan bukan sahaja tentang kematian, namun ia boleh terjadi kepada sesama insan yang masih bernyawa dengan pelbagai faktor.

Seperti di sekolah, sudah menjadi lumrah bahawa seseorang murid dan guru akan berpisah dan kebiasaanya akan disambut dengan majlis perpisahan sebagai kenang-kenangan.

Namun, amat jarang kita dengar bahawa pengawal keselamatan yang bertugas di sesebuah sekolah akan mendapat penghargaan yang sama.

Tular SK Bandar Baru Putera adakan majlis perpisahan untuk pak guard

Begitulah yang berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Putera, Jalan Bercham, Ipoh apabila murid-murid serta para guru mengadakan satu majlis perpisahan khas buat seorang pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Uncle Kittu pada baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @lindalabu, difahamkan Uncle Kittu yang begitu mesra dengan para pelajar di sekolah terbabit akan bertugas di tempat baharu.

“Selamat bertugas di tempat baru Uncle Kittu. Semoga Uncle Kittu berjaya walau di mana uncle berada,” tulis pemilik akaun TikTok itu yang juga salah seorang guru di sekolah terbabit.

Para pelajar beri hadiah dan bersalaman serta berpelukan dengan Uncle Kittu

Berdasarkan video tersebut, kelihatan murid-murid memberi hadiah serta bersalaman dengan Uncle Kittu.

Bukan sekadar mencium tangan, malah ada juga yang dilihat berpelukan dengan Uncle Kittu semasa majlis perpisahan tersebut.

Turut kelihatan para murid yang sedang mengerumuni Uncle Kittu untuk bersalaman buat kali yang terakhir membuktikan keakraban hubungan mereka.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 1.13 minit itu meraih lebih 1.4 juta tontonan dan 100 ribu tanda suka di aplikasi TikTok.

Netizen sebak lihat murid dan guru hargai jasa pengawal keselamatan itu

Melihat ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial sebak melihat para murid dan guru-guru yang begitu menghargai jasa pengawal keselamatan terbabit dengan mengadakan majlis perpisahan.

Tidak hanya itu, mereka turut menyifatkan Uncle Kittu sebagai seorang pengawal keselamatan yang sangat baik sehingga disenangi oleh para pelajar dan guru-guru.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd