Now Reading
“Keputusan YDPA Muktamad, Henti Bahas Isu Pengurangan Hukuman Najib” – PMX

“Keputusan YDPA Muktamad, Henti Bahas Isu Pengurangan Hukuman Najib” – PMX

Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa pengurangan hukuman Najib Razak yang dimaklumkan oleh Lembaga Pengampunan telah diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 2 Februari lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam satu kenyataan memaklumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sah diberikan pengurangan 50% bagi hukuman penjara 12 tahun yang dihadapinya.

Keputusan itu bermakna Najib akan dibebaskan mengikut tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028.

Baca Artikel Berkaitan: Lembaga Pengampunan Sahkan Hukuman Penjara Najib Dikurangkan 50% Jadi 6 Tahun, Bakal Bebas Ogos 2028


Keputusan YDPA Adalah Muktamad

Susulan pengumuman tersebut, pelbagai pihak telah bersuara dan memberikan pandangan berbeza tentang pengurangan hukuman tersebut.

Hari ini (5 Februari), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata menyalahkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Perdana Menteri, Peguam Negara atau Lembaga Pengampunan adalah tidak wajar kerana ia merupakan keputusan baginda.

Kata beliau, sesiapa sahaja tidak boleh menuntut penjelasan daripada Lembaga Pengampunan yang dipengerusi dan diputuskan oleh YDPA.

Itu kena faham, ia bukan diputuskan Lembaga Pengampunan, kalau nak tanya, sila buat memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Anwar Ibrahim.

Anwar Minta Semua Berhenti Bicara Isu Pengurangan Hukuman Najib

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Anwar meminta semua pihak berkaitan menghentikan perbahasan, perbincangan dan pandangan berhubung kes Lembaga Pengampunan melibatkan Najib.

Hal ini kerana, pengurangan hukuman kepada Najib dilakukan atas pertimbangan ihsan YDPA sendiri dan ia adalah muktamad.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Sumbangan Ke Atas Negara Antara Faktor Najib Dibebaskan Awal

Menurut Anwar, pengampunan hukuman oleh Lembaga Pengampunan diputuskan atas beberapa faktor dan antaranya adalah disebabkan sumbangan bekas perdana menteri itu terhadap negara.

Tambah beliau, perkara tersebut diambil kira dalam perbincangan mesyuarat Lembaga Pengampunan dijalankan termasuklah kaedah lain yang diperincikan.

“Pertama, apa asas rayuan? Selalunya memikirkan peranan, perjalanan hidup dia sebelum itu, kehidupan di penjara, jasa dan khidmat dia, peranan kepada keluarga atau masyarakat dan dalam kes Najib, kepada negara.

“Jadi diberikan juga mengenai proses badan kehakiman, apa kesnya, apa hukumannya, kemudian kalau ada kes dalam proses, itu semua dijelaskan sebelum masing-masing (ahli lembaga) beri pandangan dan akhirnya Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan,” jelas beliau.


Semua Pihak Dijatuhi Hukuman Boleh Mohon Pengampunan

Sementara itu, Anwar berkata bahawa beliau turut dipersoal mengapa permohonan Najib untuk mendapatkan pengampunan dibincangkan terlalu awal walhal bekas Ahli Parlimen Pekan berkenaan baru sahaja menjalani hukuman.

Ekoran soalan itu, Anwar memaklumkan sesiapa sahaja yang sudah dijatuhi hukuman dibenarkan mengemukakan permohonan pengampunan.

“Saya mengakui tanggungjawab itu, jadi kenapa ditanya Perdana Menteri ambil sikap kemukakan rayuan Najib begitu awal, saya kata sebaik sahaja saya dapat mana-mana rayuan, saya mohon supaya Lembaga Pengampunan bicarakan.

“Mesyuarat pertama 9 Disember lalu, saya hadir kerana saya masih bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan dan berikutnya (adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Dr Zaliha Mustafa,” kata PMX.


KJ Kata Pengurangan Hukuman Najib Beri Implikasi Besar Terhadap Negara

Terdahulu, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyifatkan keputusan diambil Lembaga Pengampunan berhubung kes Najib akan memberi implikasi besar terhadap negara.

Ujar beliau, ia akan merumitkan keputusan lembaga tersebut kerana kes Najib yang lain masih lagi di peringkat perbicaraan.

“Ia akan rumitkan lembaga kerana boleh ampunkan beliau untuk kes berkaitan SRC International Sdn Bhd (SRC), tapi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih dibicarakan.

“Jadi, bagaimana keputusannya, adakah ia sekali dengan pakej pengampunan dan dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA)?” kata KJ menerusi podcast ‘Keluar Sekejap’.

Sumber: YouTube Keluar Sekejap

Baca Artikel Berkaitan: Najib Razak Masih Miliki 3 Kes Jenayah Di Mahkamah Walau Denda Dikurangkan

Baca Artikel Berkaitan: PH Tidak Setuju Beri Pengampunan Pada Najib Razak, Keputusan Akhir Oleh YDPA


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd