Now Reading
PH Tidak Setuju Beri Pengampunan Pada Najib Razak, Keputusan Akhir Oleh YDPA

PH Tidak Setuju Beri Pengampunan Pada Najib Razak, Keputusan Akhir Oleh YDPA

Pakatan Harapan tidak akan bersetuju supaya pengampunan diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak yang telah memfailkan petisyen tersebut pada September tahun lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Keputusan Pelepasan Tanpa Pembebasan (DNAA) bagi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 4 September lalu telah menerima kritikan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Dengan keputusan yang ditentukan oleh pihak mahkamah itu, wujud beberapa persoalan jika individu-individu berprofil tinggi lain yang sedang menjalani perbicaraan turut akan dilepaskan.

Baca Artikel Berkaitan: Zahid Hamidi Dilepaskan, Bersih Minta Pendakwa Raya Semak Semula Bukti DNAA

Terkini, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata Pakatan Harapan (PH) tidak bersetuju supaya pengampunan diberi kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam masa yang sama, beliau berkata gabungan parti politik itu tidak akan masuk campur dalam sebarang urusan berkaitan pengampunan itu.

Itu memang pendirian kita (PH), cuma proses pengampunan ini, ada proses tertentunya dan akhirnya ia adalah di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. Namun jika ingin bertanya sama ada bersetuju, sebagai PH kami tidak bersetuju dan kami juga tidak mencampuri urusan terbabit.

Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi.

Namun begitu, menurut Menteri Ekonomi itu, Najib mempunyai hak untuk melakukan permohonan supaya diampunkan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Najib Fail Petisyen Pengampunan Pada September Tahun Lalu

Pada 28 Julai 2020, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali selaku Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu telah mensabitkan kesalahan terhadap Najib di atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC membabitkan sejumlah RM42 juta.

Sehubungan dengan itu, Najib menerima hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Keputusan tersebut dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022.

Pada 2 September 2022, Najib kemudiannya telah memfailkan petisyen di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan iaitu berkenaan kuasa pengampunan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim merupakan sebahagian daripada Lembaga Pengampunan yang akan menyemak permohonan Najib. Beliau berkata bahawa tidak wujud konflik kepentingan kerana keputusan muktamad terletak pada YDPA sama ada untuk memberikan pengampunan ataupun tidak.

Sumber: Berita Harian | Free Malaysia Today


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd