Now Reading
Najib Razak Masih Miliki 3 Kes Jenayah Di Mahkamah Walau Denda Dikurangkan

Najib Razak Masih Miliki 3 Kes Jenayah Di Mahkamah Walau Denda Dikurangkan

Antara kes mahkamah yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak adalah penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM2.3 bilion.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terbaharu, Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah sah menerima pengurangan dengan kadar 50% bagi tempoh hukuman penjara serta denda yang perlu dibayar.

Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam satu kenyataan media bertarikh 2 Februari berkata, keputusan ini bermakna Najib akan dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028.

Sebanyak lima kertas pengampunan telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan tersebut yang dipengerusikan oleh Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutan Kuala Lumpur Labuan dan Putrajaya ke-61 yang bersidang pada 29 Januari lalu itu turut memutuskan bahawa Najib akan mendapat pengurangan denda iaitu daripada RM210,000,000 kepada RM50,000,000.

Baca Artikel Berkaitan: Lembaga Pengampunan Sahkan Hukuman Penjara Najib Dikurangkan 50% Jadi 6 Tahun, Bakal Bebas Ogos 2028


Najib Masih Mempunyai Tiga Kes Jenayah Di Mahkamah

Meskipun mendapat pengurangan kadar hukuman penjara dan denda bagi kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, Najib masih berdepan tiga lagi kes jenayah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Memetik Sinar Harian, tiga kes tersebut adalah:

  • Kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  bernilai RM2.3 bilion
    • Masih di peringkat perbicaraan.

Pendakwaan telah memanggil saksi ke-49 untuk memberikan keterangan iaitu Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Aida Ariffin.

  • Kes pecah amanah pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) bernilai RM6.6 bilion
    • Masih di peringkat pengurusan kes.

Hakim, Datuk Muhammad Jamil Husin menolak permohonan Najib dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah agar mereka berdua dilepas tanpa dibebaskan daripada semua pertuduhan dengan alasan pihak pendakwaan bersedia untuk menjalankan kes.

  • Kes pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta
    • Masih di peringkat pengurusan kes.

Bagi kes ini, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib telah memohon agar pihak mahkamah memberikan perintah DNAA terhadap pertuduhan ini kepada anak guamnya kerana kes terbabit telah tertangguh hampir enam tahun.

Perbicaraan kes ini akan diteruskan pada 17, 18,19, 23 dan 24 September depan.

Sumber: MalayMail

Kes Penyelewengan SRC International Sdn Bhd Melibatkan Najib Razak

Pada 23 Ogos 2023, Mahkamah Persekutuan Putrajaya telah mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu selepas selesai mendengar hujahan dan permohonan yang dikemukakan sepanjang rayuan akhir bermula sejak minggu lalu.

Keputusan itu juga menyaksikan Najib akan menjadi pemimpin tertinggi pertama di Malaysia yang pernah dikenakan hukuman penjara.

Baca Artikel Berkaitan: Rayuan Terakhir Ditolak, Najib Kekal Dipenjara 12 tahun & Denda RM210 juta

Baca Artikel Berkaitan: PH Tidak Setuju Beri Pengampunan Pada Najib Razak, Keputusan Akhir Oleh YDPA

Baca Artikel Berkaitan: “Kita Tak Boleh Paksa” – Kuasa Pengampunan Najib Terserah Pada Agong, Kata Azalina Othman


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd