Now Reading
Rayuan Terakhir Ditolak, Najib Kekal Dipenjara 12 tahun & Denda RM210 juta

Rayuan Terakhir Ditolak, Najib Kekal Dipenjara 12 tahun & Denda RM210 juta

Terdahulu Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib supaya Tengku Maimun yang mempengerusikan panel lima hakim menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!



Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini (23 Ogos) mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu selepas selesai mendengar hujahan dan permohonan yang dikemukakan sepanjang rayuan akhir bermula sejak minggu lalu.

Dengan keputusan di akhir prosiding itu, Najib akan mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa pada hari ini.

Keputusan ini juga menyaksikan Najib akan menjadi pemimpin tertinggi pertama di Malaysia yang pernah dikenakan hukuman penjara.

Najib mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen

Difahmakan dengan kata putus dari Mahkamah ini, Najib juga berupaya kehilangan peranannya sebagai Ahli Parlimen Pekan.

Terdahulu Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib supaya Tengku Maimun yang mempengerusikan panel lima hakim menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram sewaktu prosiding turut mempersoalkan mengapa pihak pembelaan tidak memfailkan permohonan awal berhubung perkara itu walhal mereka sudah mengetahui mengenai hantaran tular di laman Faceebook oleh Zamani Ibrahim, yang didakwa Najib sebagai suami Tengku Maimun, pada 17 Ogos lalu.

[Artikel lanjut menyusul]

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd