Now Reading
Anwar Ibrahim Sifatkan Pemerintahan Al-Sultan Abdullah Lakar Sejarah Baru & Unik

Anwar Ibrahim Sifatkan Pemerintahan Al-Sultan Abdullah Lakar Sejarah Baru & Unik

Anwar Ibrahim berkata kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah selama lima tahun membuatkan baginda mampu mengemudi negara dalam saat-saat getir.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menamatkan pemerintahannya hari ini (30 Januari).

Jasa baginda bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kepada negara selama lima tahun ini sememangnya meninggalkan kesan kepada rakyat Malaysia.


Anwar Ibrahim Sifatkan Pemerintahan YDPA Lakar Sejarah Baru

Semalam (29 Januari), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi perkongsian di laman Facebook berkata tempoh lima tahun pemerintahan YDPA merupakan satu lembaran sejarah yang baharu dan unik dalam berdepan pelbagai cabaran.

Menurut beliau, hanya dengan ihsan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah yang mampu mengemudi negara dalam saat-saat getir.

Mengulas lanjut, PMX berkata kewibawaan Tuanku bagi merungkai kemelut politik dan membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan telah membawa kepada kestabilan selain mendorong kepada peningkatan darjat serta martabat negara.

“Bermula dengan ketidakstabilan dan simpang-siur politik yang berpanjangan, penularan serta hentakan pandemik Covid-19 dan kelesuan ekonomi silih berganti telah meletakkan negara dalam ketidaktentuan serta kegawatan.

“Ampun Tuanku, tempoh pemerintahan Tuanku telah mencatatkan satu lembaran sejarah yang baru buat negara, yang unik dan dalam banyak hal turut mencabar,” ujar beliau.

Sumber: Facebook Istana Negara

Anwar Ibrahim Tekad Untuk Berbakti Kepada Negara

Sementara itu, Perdana Menteri turut berikrar, kerajaan kini bertekad untuk terus berusaha dan berbakti sepenuh jiwa raga demi rakyat serta negara tercinta.

Pemerintahan Tuanku yang merakyat disulam hikmah keadilan serta kebijaksanaan tentunya dikenang rakyat keseluruhannya yang menikmati limpahan keamanan dan kesejahteraan sepanjang tempoh baginda bersemayam di atas takhta selama lima tahun.

Anwar Ibrahim.

Menerusi kepercayaan dan keprihatinan terhadap rakyat bersama jemaah menteri yang lain, beliau akan memastikan negara akan ditadbir dengan baik demi mengangkat darjat negara ke arah kesejahteraan.

Sumber: Facebook Istana Negara

Agong Titip Pesanan Akhir Buat Rakyat

Semasa Majlis Jamuan Negara yang diadakan baru-baru ini, Agong telah menitipkan ucapan dan kata-kata terakhir buat rakyat. Baginda berharap agar rakyat jelata sentiasa menjaga perpaduan dan hidup bermasyarakat dengan sepenuh hati.

“Inilah acuan sebenar untuk negara Malaysia yang sama-sama kita cintai. Saya akan berasa amat sedih seandai perpaduan yang telah kita usahakan ini runtuh semula akibat kelemahan dan kealpaan kita,” titah baginda.

Dalam klip video yang sama, baginda dilihat menitiskan air mata sambil menahan sebak semasa memberikan kata-kata terakhir kepada rakyat disantuni.

Sumber: Facebook Istana Negara

Untuk info, pagi ini telah berlangsungnya Istiadat Keberangkatan Istiadat Keberangkatan Balik Al-Sultan Abdullah bersama Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah.


Profil Sultan Abdullah

Al-Sultan Abdullah memerintah sebagai YDPA Malaysia ke-16 selama lima tahun bermula dari 2019 hingga 2024 bagi menggantikan Sultan Muhammad V (Kelantan) yang turun daripada takhta. Baginda melafaz sumpah dalam sebuah istiadat gilang-gemilang pada 31 Januari 2019 di Istana Negara, Jalan Duta.

Sebelum ini, baginda telah menyandang jawatan sebagai Tengku Mahkota Pahang hampir 44 tahun dan Pemangku Raja Pahang pada 2016.

Buat anda yang tidak tahu, Agong turut didedahkan dengan bidang ketenteraan sejak dari awal lagi di mana baginda dilantik sebagai Leftenan Muda, Akademi Tentera Diraja Sandhurst dengan menerima pentauliahan oleh Ratu Elizabeth II pada tahun 1980.

Dalam masa sama, Al-Sultan Abdullah juga sangat sinonim dengan sifat sopan dalam menyantuni penduduk tempatan. Malah, perwatakan terpuji dan ‘humble’ Agong dan Pemaisuri selama pemerintahan sememangnya disenangi orang ramai.

Sumber: Facebook Istana Negara

Kami dari team TRP menzahirkan ucapan terima kasih atas jasa dilimpahkan baginda berdua dan berharap agar umur Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dikurniakan kebahagiaan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Semoga Kami Berdua Sentiasa Dalam Ingatan” – Ucapan Agong & Pemaisuri Buat Ramai Sebak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Raja Permaisuri Sebak, Rakyat Di Tawau Sabah Sanggup Bersalaman Sambil Dukung Bayi

Baca Artikel Berkaitan: “Tukar PM Setiap Tahun Tak Jamin Apa-apa, Akibatnya Rakyat Menderita” – Agong


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd