11 Jenis Menu Juadah Berbuka Puasa Dari Seluruh Dunia. Ke-10 Paling Ramai Tahu!
Antara hidangan tersebut adalah Mansaf, Harees, Shami Kebab dan Thareed.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Percayalah, soalan ‘Nak makan apa?’ akan kembali berlegar-legar dalam minda anda terutamanya pada bulan Ramadan ini.
Walaupun masih di pejabat, tetapi mesti ramai yang sudah terfikir nak makan apa untuk berbuka puasa nanti.
Kadangkala bila sudah sampai di bazar, rambang mata pula tak tahu nak beli juadah apa. Takut pula nanti beli banyak sangat juadah sehingga berlaku pembaziran.
Baca Artikel Berkaitan: Secret Recipe Tawar Menu Nasi Kerabu Sempena Ramadan, Sesuai Untuk Berbuka Puasa 2 Hingga 4 Orang
Baca Artikel Berkaitan: Artisan’s Playground by COOKHOUSE Tawar Bufet Ramadan Untuk Berbuka Puasa [Review]
11 Juadah Berbuka Puasa Dari Seluruh Dunia
Kalau korang nak cuba sesuatu yang lain daripada lain untuk menu berbuka puasa, jom kami senaraikan 11 jenis hidangan berbuka puasa dari seluruh dunia mnegikut sumber dari laman web National Geographic.
Mana tahu ada yang korang ‘jatuh cinta’ lepas dah cuba. Antaranya adalah:
#1. Negara Timur Tengah: Shorbat Adas
Bagi masyarakat Islam di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jordan dan Lubnan, kebiasaannya mereka akan berbuka puasa dengan semangkuk sup lentil yang disebut sebagai Shorbat Adas.
Menu tersebut dimasak dengan lentil merah, kunyit, jintan manis, kayu manis, daun parsley serta limau dan mempunyai kandungan protein yang tinggi.
#2. Negara Maghribi: Harira
Harira adalah menu sup dari Maghribi yang diperbuat daripada tomato, lentil, kacang, herba segar, rempah kering dan rempah daging yang akan membuatkan hidangan ini cukup mengenyangkan.
Walaupun dihidangkan sepanjang tahun, ia sangat popular untuk berbuka puasa semasa Ramadan. Sesetengah orang akan menikmati juadah ini sebagai pembuka selera atau menu utama, bergantung kepada saiz hidangan.
#3. Negara India dan Pakistan: Shami Kebab
Shami kebab adalah sejenis kebab yang diperbuat daripada campuran daging sapi dan lentil sebelum dibentuk menjadi bulat seperti patty. Kebab ini dimasak dengan cara rebus dan kisar bersama daging serta kuah dhal, rempah ratus, bawang merah, bawang putih dan halia.
Kalau nak lagi sedap, korang boleh nikmati hidangan ini dengan chutney hijau, hirisan bawang atau timun dan jus lemon segar.
#4. Negara UAE: Harees
Harees adalah sejens makanan tradisi masyarakat Arab diperbuat daripada gandum yang direbus selama berjam-jam bersama air garam, daging dan sedikit rempah. Senang kata, kalau nak masak Harees ini, ia lebih kepada kaedah ‘slow cooking’.
Menu ini mudah dimasak di dalam periuk yang dipanggil sebagai ‘mash pan’ dan dikacau dengan sudu kayu bernama ‘Masad Masr’.
#5. Negara Arab Saudi: Thareed
Boleh dikatakan hampir setiap masyarakat Arab Saudi mesti akan ada menu Thareed sebagai salah satu juadah berbuka puasa. Thareed ini merupakan hidangan yang dimasak bersama rebusan daging kambing dan sayur-sayuran.
Untuk menyediakan hidangan, daging kambing tersebut perlu dimasak lebih daripada satu jam sebelum ditambah dengan kentang, lobak merah dan kubis dan direbus bersama tomato, bawang dan pes bawang putih.
#6. Asia Tenggara: Samosa
Samosa adalah sejenis kuih yang berbentuk segi tiga dan diisi dengan pelbagai jenis inti seperti kentang, daging dan ayam. Menu ini yang dipercayai berasal dari Parsi boleh dimasak dengan cara digoreng atau dibakar mengikut citarasa masing-masing.
Jika di India, samosa ini sering dihidangkan bersama dengan chutney ketumbar pudina dan chutney masam manis.
#7. Negara Jordan: Mansaf
Mansaf adalah hidangan tradisional Jordan yang terdiri daripada gabungan daging kambing, nasi kuning aromatik, dan yogurt masam. Ia dianggap sebagai hidangan kebangsaan Jordan dan biasanya dihidangkan pada perhimpunan keluarga dan majlis-majlis khas.
Hidangan ini diperkenalkan oleh puak Jordan tempatan dikenali sebagai Badwi bagi mencerminkan gaya kehidupan mereka secara nomad. Dari semasa ke semasa, ia semakin berkembang dan mendapat kepentingan budaya serta menjadi ruji dalam masakan Jordan.
#8. Turki: Ramazan Pidesi
Di Turki, masyarakat beragama Islam di sana berbuka puasa dengan menu Ramazan pidesi iaitu roti lembut yang dihidangkan bersama buah zaitun, keju, butter dan daging pastrami.
Untuk menjadikan doh roti lebih lembut, boleh tambah sedikit susu dan menyalut doh dengan campuran yogurt dan telur. Selepas corak berlian telah dibuat pada permukaan, tabur biji bijan pada bahagian atas sebelum dibakar.
#9. Negara Nigeria: Moi Moi
Moi moi (puding kacang) adalah salah satu makanan kegemaran masyarakat Nigeria yang diperbuat daripada kacang, bawang putih, lada hitam dan rempah. Kebiasaannya hidangan ini disajikan ketika makan tengah hari atau makan malam.
Menu ini yang dimasak secara kukus adalah salah satu makanan jalanan (street food) yang popular dan dijual dengan harga murah.
#10. Timur Tengah: Kunafa
Kunafa adalah hidangan manisan yang biasanya dimakan sebagai pencuci mulut bagi masyarakat Timur Tengah yang dibuat dengan pastri seperti mi nipis atau adunan semolina halus.
Untuk korang yang tak pernah rasa kunafa, ia sangat manis kerana mengandungi keju jenis mozarela dan chedar serta ditabur dengan kacang pistachio dan sirap gula. Makanan ini agak rangup di bahagian permukaan dan lembut di dalam.
#11. Negara Indonesia: Kolak Pisang
Kolak pisang adalah gabungan gula aren atau kelapa, santan, daun pandan dah buah. Menu ini sedap dimakan ketika sejuk atau panas dengan pilihan buah mengikut citarasa masing-masing.
Kalau korang masukkan pisang dalam hidangan ini, maka terhasil lah kolak pisang. Boleh juga untuk masak dengan buah lain seperti nangka, ubi keledek atau ubi kayu.
Banyak rupanya makanan berbuka puasa yang berbeza di negara-negara lain. Sekarang baru tahu!
Sekali-sekala, boleh tukar angin makan hidangan lain pula untuk juadah berbuka. Kalau hari-hari menu sama, takut bosan pula kan?
Apa-apa pun, team TRP ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamart menyambut bulan Ramadan kepada masyarakat beragama Islam.
Baca Artikel Berkaitan: Angkat Tangan 5 Minit & Berdoa Sebelum Buka Puasa. Tak Akan Ditolak Oleh Allah SWT
Baca Artikel Berkaitan: Resepi Sambal Tumis Cili Api, Boleh Terus Makan Untuk Berbuka Puasa & Sahur
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.