Now Reading
Secret Recipe Tawar Menu Nasi Kerabu Sempena Ramadan, Sesuai Untuk Berbuka Puasa 2 Hingga 4 Orang

Secret Recipe Tawar Menu Nasi Kerabu Sempena Ramadan, Sesuai Untuk Berbuka Puasa 2 Hingga 4 Orang

Secret Recipe melancarkan set ‘Jom Berbuka’ dengan menu Nasi Kerabu Istimewa yang sesuai untuk hidangan dua hingga empat orang bermula dari 8 Mac hingga 9 April 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bersempena dengan bulan Ramadan, Secret Recipe sukacitanya mengumumkan pelancaran menu Ramadan dengan tema ‘Jom Berbuka‘ yang dinanti-nantikan oleh orang ramai iaitu Nasi Kerabu Istimewa.

Hidangan warisan dari negeri Kelantan ini akan ditawarkan sepanjang bulan Ramadan buat tahun keempat secara berturut-turut.

Nasi Kerabu mencerminkan pengaruh budaya masakan Melayu, Thai dan Cina dalam sajian yang sebati dan penuh berperisa.

Nasi Kerabu yang berasal dari negeri Kelantan di pantai timur Semenanjung Malaysia ialah hidangan kegemaran ramai yang bukan sahaja dinikmati semasa Iftar tetapi juga dalam pelbagai majlis keramaian. Hidangan nasi biru berlauk ini pasti sesuai untuk dinikmati seisi keluarga dan sanak saudara semasa berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan.

Ketua Pemasaran Secret Recipe, Evelyn Lee.

Set Nasi Kerabu Secret Recipe Dengan 3 Jenis Hidangan Sampingan Sempena Bulan Ramadan

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Hidangan utama dalam menu ini adalah Nasi Kerabu berwarna biru yang dihidangkan bersama telur masin, sayur segar, keropok ikan, sos kelapa, sambal dan sos budu untuk memberikan tekstur dan perisa lebih lazat.

Bagi mereka yang mahukan sumber protein tambahan, menu tahun ini menyediakan pelbagai pilihan lain untuk pengalaman menjamu selera yang lebih enak.

Ikan Saba Kunyit Bakar. Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Antara aneka set hidangan Nasi Kerabu yang ditawarkan pada tahun 2024 adalah:

  • Nasi Kerabu dengan Ikan Saba Kunyit Bakar
  • Nasi Kerabu dengan Sotong Goreng Kunyit
  • Nasi Kerabu dengan Ayam Percik
  • Nasi Kerabu dengan Ayam Rangup

Menu tersebut dihidangkan untuk set makan berdua sehingga empat orang. Bolehlah mula rancang dengan kawan-kawan untuk berbuka puasa bersama tahun ini.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Set ini pastinya tidak lengkap dengan minuman yang menyegarkan untuk melegakan kehausan sepanjang berpuasa iaitu Rose Calamansi Fizz atau Plum Calamansi Fizz dengan harga diskaun RM6.80.

Kalau anda mahu memesan menu tambahan untuk ‘kudap-kudap’, ada juga hidangan Keropok Ikan dengan tambahan harga RM5.90.


Kek Istimewa Sempena Bulan Ramadan

Untuk hidangan pencuci mulut, Secret Recipe menawarkan kek Chocolate Indulgence bersaiz 6.5 inci (berat 1kg) di semua cawangan Secret Recipe di seluruh
Semenanjung Malaysia dengan harga RM88 untuk dibawa pulang dan RM96.30 untuk makan di restoran.

Kek bersaiz baharu ini boleh dipotong empat hingga enam potongan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati cita rasa unik dan kekayaan budaya menu Ramadan ini di seluruh cawangan Secret Recipe sekitar Malaysia bermula dari 8 Mac sehingga 9 April.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik [DI SINI].


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd