Now Reading
Harga Kek Secret Recipe Didakwa Makin Mahal, Netizen Mula Mengeluh

Harga Kek Secret Recipe Didakwa Makin Mahal, Netizen Mula Mengeluh

Pengguna media sosial turut membahaskan harga sebiji kek Chocolate Indulgence di Secret Recipe yang kini dipercayai sudah mencecah RM108.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tidak dinafikan harga barangan, makanan dan minuman semakin meningkat harganya berikutan tekanan ekonomi yang melanda hampir seluruh dunia.

Bukan setakat harga barangan, bayaran servis mencuci kereta pun semakin naik. Dulu RM10 je, tetapi sekarang boleh mencecah sehingga RM20!

BACA JUGA: Carwash Caj RM35 Berbanding RM10 Cuci Kereta Jenis Sedan, Alasan ‘Pelanggan Baru’

Pelanggan Mengadu Harga Kek Secret Recipe Makin Mahal

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@helmihaqiem) memuat naik ciapan dengan meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap harga sebiji kek di sebuah kedai yang didakwa semakin mahal.

Keadaan itu disedari olehnya selepas dia membeli sebiji kek Chocolate Indulgence di Secret Recipe dengan harga RM108.

Pemuda itu memberi pendapat bahawa kedai kek tersebut tidak sepatutnya menaikkan harga mereka kerana sering menjadi tumpuan golongan sederhana untuk membeli kek setiap kali sambutan hari lahir seseorang.

Di akhir perkongsiannya, pemuda itu berharap agar pihak Secret Recipe tidak menaikkan harga mereka secara mendadak kerana perlu mengambil berat dengan tahap ekonomi golongan B40 dan M40 juga.

Ramai Luah Rasa Kecewa Bila Kek Secret Recipe Didakwa Makin Mahal

Hantaran yang dimuat naik oleh pengguna Twitter itu mendapat perhatian ramai dan mereka juga meluahkan kekecewaan yang sama apabila mendakwa kek di Secret Recipe semakin mahal.

Malah, ada juga yang berkongsi gambar resit menunjukkan mereka juga membeli kek di kedai yang sama dengan harga RM108.

Ada juga yang siap buat perbandingan harga beberapa tahun lalu di mana kek Chocolate Indulgence dari Secret Recipe tidak melebihi RM70.


Tips Jimat Cermat Untuk Hadapi Inflasi

Sebagai persiapan berhadapan dengan situasi kewangan yang dilihat semakin membimbangkan, jom kami kongsikan beberapa tips bagi membantu orang ramai mengawal perbelanjaan harian serta sebagai persediaan jika berlakunya inflasi.

Antaranya:

  • Kurangkan perbelanjaan yang kurang penting.
  • Jana pendapatan sampingan.
  • Beli ketika jualan murah.
  • Gunakan manfaat daripada program keahlian.
  • Buat perbandingan sebelum beli sesuatu.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd