Now Reading
Artisan’s Playground by COOKHOUSE Tawar Bufet Ramadan Untuk Berbuka Puasa [Review]

Artisan’s Playground by COOKHOUSE Tawar Bufet Ramadan Untuk Berbuka Puasa [Review]

Bufet Ramadan di Artisan’s Playground by COOKHOUSE bermula dari 25 Mac sehingga 19 April 2023 pada jam 7:00 petang sehingga 10:00 malam.

Team TRP Berbuka Puasa Di Artisan’s Playground by COOKHOUSE. Selesa & Sedap! [Review]

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sempena dengan ketibaan bulan Ramadan, banyak restoran yang menawarkan bufet untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga dan juga rakan-rakan.

Jadi, tak perlu lagi dah untuk pening kepala memikirkan lokasi berbuka puasa, tinggal pilih sahaja. Jika ditanya soal makan dan tempat yang ingin dituju, memang agak lama untuk membuat keputusan.


Artisan’s Playground by COOKHOUSE Tawar Bufet Ramadan Untuk Berbuka Puasa

Team TRP Berbuka Puasa Di Artisan’s Playground by COOKHOUSE. Selesa & Sedap! [Review]
Sumber: Murni Azman/ TRP

Artisan’s Playground by COOKHOUSE merupakan salah satu restoran yang menawarkan bufet Ramadan dengan menyajikan lebih 100 hidangan antarabangsa di bawah satu bumbung.

Para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan termasuklah menu western seperti pizza, Fish and Chips sehinggalah sayur-sayuran segar dan daging panggang dari beberapa jenis restoran berbeza. Antaranya:

  • Josper Grill
  • Stefano Ferrara Oven
  • Farm to Table Salad Bar
Sumber: Murni Azman/TRP
Sumber: Farahin FadziL/TRP

Kepada anda yang mempunyai ‘tekak Melayu’, di sini juga ada pelbagai jenis hidangan tempatan seperti sate, lemang, nasi, mi kari, kerabu dan banyak lagi.

Sumber: Murni Azman/TRP

Kalau tidak mahu makan hidangan yang berat, bufet Ramadan di Artisan’s Playground by COOKHOUSE mempunyai menu Jepun seperti sushi dan nasi berkuahkan kari stail Jepun.

Sumber: Murni Azman/TRP

Tak lengkap kalau berbuka puasa tanpa pencuci mulut kan? Di Artisan’s Playground by COOKHOUSE, anda boleh mendapatkan sajian kuih-muih tradsional dari Dessert Parlour seperti Kuih Lapis, Bingka Ubi, Puding Jagung Kastard dan lain-lain.

Sumber: Murni Azman/TRP

Ruangan yang menyediakan pencuci mulut itu juga mempunyai pelbagai jenis pilihan kurma menarik iaitu:

  • Ajwa
  • Safawi
  • Sughai
  • Mariyami
  • Rotab
  • Rotab Fatimah
  • Tunisa Tangkai
  • Dried Sukkari
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Selain itu, pilihan air minumannya juga menyihatkan iaitu variasi jus buah-buahan yang menyegarkan seperti buah epal hijau, oren, tembikai laici dan ‘Fruit Punch’.


Team TRP Berbuka Puasa Di Artisan’s Playground by COOKHOUSE

Baru-baru ini, team TRP dijemput untuk berbuka puasa di Artisan’s Playground by COOKHOUSE bagi menikmati juadah bufet Ramadan yang ditawarkan oleh mereka.

Tanggapan pertama kami ketika pertama kali mengunjungi Artisan’s Playground by COOKHOUSE adalah lokasi ini sangat selesa, cantik dan eksklusif. Nak bergambar pun cantik, sangatlah ‘Instagramable’.

Sambil anda menikmati hidangan, akan ada alunan muzik dimain asecara ‘live’. Memang layan sungguh!

Sumber: Murni Azman/TRP
Team TRP Berbuka Puasa Di Artisan’s Playground by COOKHOUSE. Selesa & Sedap! [Review]
Sumber: Murni Azman/TRP

Apabila kami melihat hidangan bufet yang disediakan pula, memang rambang mata sebab semua nampak sedap. Jadi antara menu hidangan yang kami cuba ketika berbuka puasa di Artisan’s Playground by COOKHOUSE adalah:

1. Beef Lasagna

Beef lasagna memang sedap dan tidak memuakkan kerana rasa masam dari sos tomatonya yang seimbang serta isi daging yang banyak. Paling penting, ia mengenyangkan dan membuatkan anda rasa mahu menambahnya lagi.

Rate: 4/5

2. Beef Rib Eye

Sumber: Murni Azman/TRP

Kepada anda yang suka makan daging, kena cuba daging Rib Eye ini dengan pilihan sos lada hitam mereka. Sedap! Dagingnya lembut dan agak berjus juga. Tetapi ada sesetengah bahagian agak liat sedikit untuk dipotong dan dimakan.

Rate: 3.5/5

3. Lemang Jagung dan Lemang Pulut Hitam

Di bufet Ramadan Artisan’s Playground by COOKHOUSE, kami sempat mencuba buat pertama kalinya lemang jagung dan lemang pulut hitam. Pada kami, rasanya ‘not bad’ juga kerana mempunyai rasa berlemak. Makan lemang sahaja pun sedap.

Rate: 3/5

4. Mihun Kari

Sumber: Murni Azman/TRP

Ini adalah antara menu yang paling digemari oleh kami di sini kerana kuah karinya yang cukup sempurna dan tidak terlalu pekat. Ditambah pula dengan sambal udang untuk menjadikan menu ini lebih pedas, confirm anda akan teringat-ingat rasanya sehingga ‘addicted’.

Rate: 4.5/5

5. Fish and Chips

Sumber: Murni Azman/TRP

Hidangan ini menarik perhatian kami kerana ia diletakkan di dalam bekas kecil yang comel. Nak pegang pun senang sangat. Bagi kami, hidangan Fish and Chips ini agak kering dan kentang gorengnya juga sudah lemau ketika dihidangkan di ruang terbuka.

Rate: 2/5

6. Panna Cotta

Selepas selesai menikmati hidangan berat, kami tidak ketinggalan untuk merasai pencuci mulut yang meliurkan.

Kami mencuba dua jenis manisan panna cotta iaitu strawberi dan juga mangga. Boleh tahan masam ya pencuci mulut ini. Terus segar kepala. Apabila dicampurkan dengan krim di bawah, ia memberi rasa seimbang dan sedap.

Rate: 3.5/5


Secara keseluruhannya, pengalaman kami berbuka puasa dengan juadah bufet Ramadan di Artisan’s Playground by COOKHOUSE ini memang sangat memuaskan. Makanan sedap, tempat pun cantik. Kenyang pun kenyang ya, sampai kami tersandar di kerusi.


Tempahan Untuk Berbuka Puasa Di Artisan’s Playground by COOKHOUSE

Anda boleh berbuka puasa di Artisan’s Playground by COOKHOUSE bermula dari 25 Mac sehingga 19 April 2023 pada jam 7:00 petang sehingga 10:00 malam.

  • Harga:
    • Dewasa: (RM236)
    • Kanak-kanak (RM99)
  • Alamat: Artisan’s Playground by COOKHOUSE, Block H, 1st Floor Rivercity Plaza, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

Untuk sebarang tempahan, boleh klik [DI SINI].


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd