Now Reading
Resepi Sambal Tumis Cili Api, Boleh Terus Makan Untuk Berbuka Puasa & Sahur

Resepi Sambal Tumis Cili Api, Boleh Terus Makan Untuk Berbuka Puasa & Sahur

Untuk menjadikan Sambal Tumis Cili Api ini lebih sedap, boleh gunakan minyak goreng ikan bilis.

Resepi Sambal Tumis Cili Api, Boleh Terus Makan Untuk Berbuka Puasa & Sahur

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Walaupun ada pelbagai jenis menu yang dijual di bazar Ramadan, tetapi mesti akan pening juga setiap hari fikir nak berbuka apa.

Sesetengah orang pula lebih memilih untuk masak sendiri hidangan berbuka di rumah kerana lebih ‘kena’ dengan tekak masing-masing. Tapi kadangkala tak sempat pula nak masak selepas pulang dari kerja.

Maklumlah, jalan sesak di kawasan bandar. Bila sampai rumah, terkejar-kejar pula nak menyediakan bahan dan memasak sebelum azan Maghrib berkumandang.

BACA JUGA: 9 Resepi Lauk Berbuka Puasa Untuk Orang ‘Single’. Senang, Simple & Cepat!

Resepi-Sambal-Tumis-Cili-Api-Boleh-Terus-Makan-Untuk-Berbuka-Puasa-Sahur-1
Sumber: Resepi Che Nom

Resepi Sambal Tumis Cili Api Yang Boleh Terus Dimakan

Siapa kat sini yang suka makan makanan pedas? Senang kata hidangan itu kurang ‘kick’ kalau tidak berapa pedas.

Kepada anda yang sukakan pedas dalam makanan, jom kami kongsikan resepi untuk membuat Sambal Tumis Cili Api yang dikongsikan oleh pengguna Twitter ini (@ZachryAvaricious).

Memang sedap kalau makan dengan nasi panas-panas.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Cili api satu kilogram
  • Bawang besar 10 labu
  • Bawang putih dua labu
  • Ikan bilis dua cawan
  • Belacan satu peket
  • Garam
  • Gula

Cara-caranya:

  1. Gorengkan ikan bilis secara berasingan.
  2. Kisarkan cili api, bawang putih, bawang merah dan belacan.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masak sehingga air kering.
  4. Selepas air sudah kering, baru letakkan minyak.
  5. Tumis sehingga sambal menjadi kering.
  6. Masukkan ikan bilis yang digoreng dan gaul dengan sebati.

NOTA KAKI:

  • Tangkai cili tak perlu dibuang dan boleh dikisarkan bersama bahan lain bagi mengelakkan sambal menjadi terlalu pedas dan juga menghindari sakit perut.
  • Gunakan minyak goreng ikan bilis untuk menjadikan sambal lebih sedap.
  • Untuk memastikan sambal lebih tahan lama dan sedap, panaskan sambal untuk tempoh dua atau tiga hari pertama kemudian baru simpan dalam peti sejuk.

Kepada anda yang sudah terliur, bolehlah buat dan dimakan ketika berbuka puasa dan juga sahur. Selamat mencuba! 😊

BACA JUGA: Resepi Overnight Oats Yang Mudah Untuk Diamalkan Ketika Sahur. Boleh Kenyang Lama!

BACA JUGA: Resepi Chili Butter Clams Ini Raih Shares Hampir 8K Di Facebook. Nampak Sedap!

BACA JUGA: Resepi Mi Goreng Basah Ini Laku Sungguh Hingga Berjaya Raih Hampir 200K Shares!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd