Now Reading
Angkat Tangan 5 Minit & Berdoa Sebelum Buka Puasa. Tak Akan Ditolak Oleh Allah SWT

Angkat Tangan 5 Minit & Berdoa Sebelum Buka Puasa. Tak Akan Ditolak Oleh Allah SWT

Rugi kalau tak berdoa pada waktu ni.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Waktu untuk berdoa paling mustajab adalah sebelum berbuka puasa dan bersahur. Sebab doa yang dipinta sememangnya tidak akan ditolak oleh Allah SWT. Dahsyat bukan?

Rugi kalau tak berdoa pada waktu ini.

Memang normal bila menjelang waktu untuk berbuka puasa, selalunya ramai yang akan sibuk dengan hidangan berbuka puasa dan ada juga yang menghabiskan minit-minit terakhir menghadap telefon bimbit.

Lepas itu, apabila azan berkumandang menandakan masuk waktu berbuka puasa, hanya doa makan yang akan dibaca sebelum menjamu selera. Untuk pengetahuan umum, di bulan mulia ini adalah masa terbaik untuk berdoa dengan cara dan niat yang bersungguh-sungguh dan menggandakan lagi jumlah doa.

Gambar sekadar hiasan.
(Kredit gambar: Detik.com)

Nak tahu apa hebatnya doa sebelum berbuka puasa ini?

Boleh baca perkongsian di bawah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Ahmad Tifla. Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 11 ribu perkongsian.

“Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, di mana doa tersebut tidak akan ditolak oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala, iaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur. Tetapi, sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.”

Menurutnya lagi, di Mekah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mahu pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras.

“Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap untuk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca “Allahuma lakasumtu… atau dzahaba zhoma’u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.”

Nabi SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah).

Sebab itulah ketika dalam kesibukan menyediakan juadah berbuka puasa, pastikan selitkan masa sekitar tiga hingga lima minit untuk menadahkan tangan, berdoa kepada Allah SWT.

Luahkan segala apa yang terbuku di hati, pinta apa sahaja yang diingini, dan yakin Allah SWT itu Maha Mendengar doa-doa kalian.


Cadangan Doa Ketika Berbuka Puasa

Berikut pula merupakan cadangan doa yang boleh dipraktik, namun jika anda mempunyai hajat berbeza, jangan segan silu untuk berdoa menurut permintaan masing-masing.

  1. Bertambah iman.
  2. Sihat tubuh badan.
  3. Mati yang baik.
  4. Murah rezeki.
  5. Anak soleh.
  6. Keluarga bahagia.
  7. Rahmat Allah SWT.
  8. Jauh azab kubur.
  9. Lapang dada.
  10. Kekalkan iman.
  11. Ampunkan dosa.
  12. Anak-anak berjaya.
  13. Perniagaan yang diberkati.
  14. Dijauhi segala penyakit.
  15. Ibadat diterima.
  16. Mudah segala urusan.
  17. Diterima taubat.
  18. Lapangkan kubur.
  19. Mudah bayar hutang.
  20. Lailatulqadar.
  21. Syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
  22. Syurga Firdaus.
  23. Jauhi neraka.
  24. Terima kitab dengan tangan kanan.
  25. Selamat meniti Sirat.
  26. Selamat fitnah Dajal.
  27. Ketenangan hati.
  28. Doa buat kedua-dua ibu bapa.
  29. Keluarga yang dirikan solat.
  30. Diterima puasa Ramadan.

Lepas ini, sebelum berbuka puasa, boleh sama-sama angkat tangan dan berdoa. 🙂


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd