Now Reading
Sukar Khusyuk Solat Sebab ADHD? Ikuti 5 Petua Dr Zulkifli Buat Yang Tengah ‘Struggle’

Sukar Khusyuk Solat Sebab ADHD? Ikuti 5 Petua Dr Zulkifli Buat Yang Tengah ‘Struggle’

Dr Zulkifli berkata mereka yang menghidapi penyakit ADHD akan ada masalah untuk khusyuk ketika menunaikan solat fardhu kerana tumpuan sering terganggu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak semua di antara kita dilahirkan dalam keadaan sempurna sehingga menyebabkan pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi ketika sembahyang.

Antara cabaran yang sering dilalui oleh orang ramai adalah sukar untuk khusyuk ketika menunaikan solat fardhu.

Agama Islam itu adalah mudah, oleh itu ikhtiar dan carilah cara yang ringkas untuk menyempurnakan ibadah tersebut.


Dr Zulkifli Perjelas Isu Khusyuk Dalam Solat Yang Dihadapi Oleh Pesakit ADHD

Menerusi ciapan seorang pengguna laman X (Twitter @___FJ), individu ini telah meminta bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk berkongsikan petua supaya lebih senang untuk khusyuk ketika solat bagi pesakit yang menghidap Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD).

Menjawab kepada hantaran itu, Dr Zulkifli telah berkongsi pandangannya terhadap masalah kesihatan tersebut kepada orang ramai.

Menurut Dr Zulkifli, beliau telah mengetahui tentang penyakit ADHD melalui kajian fiqh autisme ketika menyandang jawatan Mufti dahulu.

“ADHD tidak berada pada spektrum autisme tetapi berkongsi beberapa persamaan simptom,” jelas Dr Zulkifli.

Beliau dalam masa sama ambil maklum bahawa mereka yang menghadapi penyakit tersebut pasti mempunyai pelbagai cabaran untuk khusyuk ketika menunaikan solat fardhu.

Sumber: Freepik/Pexels

Dr Zulkifli Kongsi Tips Buat Pesakit ADHD Khusyuk Ketika Solat

Bagi membantu pesakit ADHD menangani masalah tersebut, Dr Zulkifli telah berkongsi beberapa petua yang boleh diamalkan agar solat tidak terganggu dan berasa khusyuk. Antaranya:

1. Terima Kekurangan Diri

Mereka yang mempunyai ADHD dinasihatkan untuk menerima kekurangan yang dimiliki dengan penuh redha.

Menurutnya, Allah SWT mencipta manusia dalam bentuk yg paling baik (ahsani taqwim). Kadangkala, mereka yang menghidapi penyakit ini mempunyai kelebihannya tersendiri.

2. Guna Alat Bantu Visual Semasa Solat

Sesetengah pesakit yang disahkan sakit ADHD mempunyai masalah tumpuan.

Oleh itu, masalah ingatan jangka pendek (short-term memory) dan jangka panjang (long-term memory) akan menyebabkan seseorang itu mudah terlupa tentang berapa banyak rakaat solat yang telah disempurnakan.

Dengan mempunyai alat bantu visual, ia dapat membantu umat Islam yang sedang mengerjakan solat agar tidak tertinggal rakaat.

3. Menutup Mata Supaya Tumpuan Tidak Terganggu

Bagi mereka yang mempunyai ADHD, adalah disarankan untuk menutup mata ketika menunaikan solat supaya dapat membantu anda khusyuk.

Dr Zulkifli berkata golongan ini lebih afdhal untuk memejamkan mata bagi mempermudahkan urusan solat.

Untuk info, terdapat pesakit yang ‘teruja’ melihat corak serta sejadah yang berwarna-warni hingga terlupa rakaat, bacaan solat dan lain-lain.

4. Cari Rakan Yang Boleh Bantu

Buat mereka yang sering rasa terganggu dengan penyakit ini, anda boleh mendapatkan bantuan daripada rakan yang boleh memberikan sokongan untuk melawan gangguan tumpuan yang dilalui.

5. Tenang & Jangan Memaksa Diri

Allah SWT itu bersifat Pemurah dan Penyayang, oleh itu anda disarankan untuk kekal tenang dan berusahalah sekadar yang mampu.

Jangan terlalu memaksa diri sehingga mental tertekan. Ingatlah bahawa Allah SWT sentiasa melihat kesungguhan hamba-Nya.


Fakta Tentang Penyakit ADHD Yang Anda Perlu Tahu

Penyakit ADHD adalah satu masalah kesihatan yang memberi gangguan kepada tingkah laku impulsif, hiperaktif dan ketidaktumpuan seseorang.

ADHD kebiasaannya boleh didiagnosis ketika umur masih kecil, namun gejala-gejala tersebut boleh masih dikesan apabila meningkat remaja dan dewasa.

Di sini kami kongsikan beberapa simptom ADHD yang perlu diberi perhatian. Antaranya:

  • Bercakap secara berlebihan.
  • Sentiasa melakukan pergerakan.
  • Mengalami masalah untuk menunggu giliran.
  • Sentiasa berasa resah apabila duduk di satu tempat.
  • Senang terlupa tentang sesuatu perkara.
  • Mudah beralih perhatian.

Jika anda mempunyai sebarang simptom yang dijelaskan, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor.

Untuk makluman semua, penyakit ini boleh dikawal dengan ubat-ubatan dan bantuan sokongan daripada orang terdekat.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi Pengalaman Hidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

Baca Artikel Berkaitan: Sukar Cari Masjid? Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Solat Jika Di Luar Negara

Baca Artikel Berkaitan: “Dikira Mati Syahid Tak Kalau Jadi Zombi?” – Dr Zulkifli Terkejut Dengar Soalan Netizen

Sumber: X (Twitter @drzul_albakri) | Hello Doktor


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd