Now Reading
Jam Rolex Dr Zulkifli Raih Bidaan Tertinggi Bernilai RM135,000!

Jam Rolex Dr Zulkifli Raih Bidaan Tertinggi Bernilai RM135,000!

Lelongan jam Rolex Dr Zulkifli yang pada asalnya dibuka dengan harga tapak RM40,000 telah meraih jumlah bidaan tertinggi bernilai RM135,000.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kekejaman rejim Zionis telah meragut ramai nyawa rakyat Palestin. Seperti sebelum ini, ada bayi yang baru dilahirkan di dunia dilihat tidak dapat minum susu badan kerana ibunya sudah syahid.

Keganasan itu juga telah mengakibatkan banyak barangan keperluan harian tidak dapat diakses seperti air, bekalan elektrik dan banyak lagi.

Susulan barangan keperluan kemanusiaan yang semakin terhad, masyarakat di seluruh negara telah bersama-sama mengumpul sumbangan untuk disalurkan kepada rakyat di bumi Palestin.


Dr Zulkifli Peroleh Bidaan Jam Rolex Tertinggi Bernilai RM135,000

Hari ini (1 November), bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi ciapan di laman X (Twitter @drzul_albakri) telah mengumumkan jumlah bidaan yang diterima untuk jam tangan Rolex miliknya.

Untuk info, jumlah bidaan tertinggi mencatatkan jumlah sebanyak adalah RM 135,000!

Dr Zulkifli dalam masa sama mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang turut serta dalam bidaan jam mewah berkenaan untuk dijadikan sumbangan kepada rakyat Palestin memerlukan.

“Semoga Allah ganjari niat yang murni dengan balasan selayaknya,” ujarnya.

Sementara itu, Dr Zulkifli turut memaklumkan bahawa beliau akan bertemu dengan pemenang bidaan jam itu pada petang ini (1 November).

Sumber: X (Twitter @drzul_albakri)

Reaksi Netizen Terhadap Jam Rolex Yang Raih Bidaan RM135,000

Menjengah ke ruangan komen di laman Facebook milik Dr Zulkifli (Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri), rata-rata warganet memberikan reaksi positif terhadap jumlah bidaan yang tinggi itu.

Orang ramai dilihat meluahkan rasa syukur kerana nilai yang tinggi itu mampu menolong rakyat Palestin.

“Alhamdulillah. Semoga kedua-duanya diganjari pahala kerana membantu saudara kita di Palestin,” kata seorang wanita.

Netizen dalam masa sama telah mendoakan agar bekas Mufti Wilayah Persekutuan serta ahli keluarga dilimpahkan keberkatan daripada Allah SWT.

Sumber: Facebook (Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri)

Dr Zulkifli Lelong Jam Tangan Rolex Untuk Beri Sumbangan Kepada Rakyat Palestin

Terdahulu, Dr Zulkifli telah membuka  bidaan jam mewah Rolex miliknya iaitu pemberian daripada Raja Saudi Arabia DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz hafizahullahu ta’ala.

Beliau telah memutuskan untuk membuka bidaan jam Rolex kesayangannya dengan harga tapak bernilai RM40,000.

Usaha ini adalah untuk menjunjung titah Raja Saudi yang telah menyalurkan sumbangan berbilion dolar kepada Palestin saban tahun.

Menerusi kenyataannya di perkongsian dalam laman X, hasil bidaan diterima bakal disumbangkan kepada penduduk Palestin yang terjejas dalam peperangan ketika ini.

Sumber: X (@drzul_albakri)

Baca Artikel Berkaitan: Dr Zulkifli Lelong Hadiah Jam Tangan Rolex Untuk Derma Buat Rakyat Palestin

Baca Artikel Berkaitan: Melly Goeslaw Berjaya Kumpul RM226,000 Daripada Jualan ‘Preloved’ & Sumbangkan Kepada Palestin

Baca Artikel Berkaitan: Aeril Zafril Jual Kereta Lamborghini Aventador, Derma Sebahagian Hasil Jualan Kepada Palestin


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd