Now Reading
Melly Goeslaw Berjaya Kumpul RM226,000 Daripada Jualan ‘Preloved’ & Sumbangkan Kepada Palestin

Melly Goeslaw Berjaya Kumpul RM226,000 Daripada Jualan ‘Preloved’ & Sumbangkan Kepada Palestin

Menurut Melly Goeslaw, hasil wang yang berjaya dikumpul adalah jauh daripada jankaannya dan menyatakan dengan hasil jualan itu dapat membantu saudara-saudara di Palestin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Peperangan yang berlaku di antara Palestin dan Israel telah banyak membuka mata masyarakat di seluruh negara.

Malah ada yang meminta agar perkara itu dihentikan kerana simpati dengan nasib menimpa rakyat Palestin apabila ramai yang dilaporkan terkorban serta cedera dalam peperangan terbabit.

Oleh itu, masyarakat di seluruh negara mula menunjukkan sokongan mereka menerusi pelbagai cara seperti mengadakan demonstrasi secara aman, menularkan kekejaman zionis, sumbangan dan banyak lagi.

Melly Goeslaw turut beri sumbangan hasil jual ‘preloved’

Perkara sama turut dilakukan oleh penyanyi Indonesia iaitu Melly Goeslaw apabila menyumbangkan sejumlah wang buat rakyat Palestin hasil daripada jualan barangan peribadinya.

Menurut Melly atau nama penuhnya Melliana Cessy Goeslaw, usaha yang dilakukannya itu adalah untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh penduduk di Palestin.

Turut difahamkan hasil jualan ‘preloved’ itu akan diberikan kepada aktivis, Abu Muslim yang dilaporkan berada di bumi Gaza pada ketika ini.

Berjaya kumpul RM226,000

Memetik laporan mStar, wang yang berjaya dikumpulkan oleh pelantun lagu ‘Ku Bahagia’ itu berjaya memperoleh sebanyak RM226,000.

Malah Melly menerusi muat naik di Instagram turut mengucapkan terima kasih kerana bersyukur kerana wang terkumpul itu lebih daripada apa yang dijangkaannya.

“Saya sangat bersyukur kerana hasil dari preloved pada 19 Oktober lalu, hasilnya sangat jauh dari jangkaan saya. Tidak ada target sama sekali, dengan terjualnya barang-barang saya dan boleh membantu saudara-saudara kita, itu sahaja sudah cukup.

“Namun rupanya sangat ramai orang baik yang ingin membantu, hingga terkumpul 70 juta rupiah (RM21,709) dan kini menjadi 380 juta rupiah (RM114,430) lebih serta masih bertambah,” katanya.

Turut ajak pengikut menyumbang kepada Palestin

Melly dalam masa sama turut mengajak pengikutnya di platform berkenaan untuk turut menyumbang kepada rakyat Palestin menerusi link yang diletakkan pada bio.

Katanya tanda kasih sayang dari Indonesia yang terdiri daripada berbagai agama, marilah bersama-sama untuk mengumpulkan wang sumbangan sehingga 1 milion rupiah untuk negara Palestin.

“Sendiri mesti berat, bersama-sama pasti ringan.

“Walaupun angka bukanlah apa-apa, namun perjuangan kita mendapatkannya itu sangat penting agar saudara-saudara kita di sana gembira mengetahui masih ramai yang sayang dan peduli,” jelasnya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd