Now Reading
[Foto] Rakyat Palestin Sambut Ramadan, Hias Khemah Dengan Lampu

[Foto] Rakyat Palestin Sambut Ramadan, Hias Khemah Dengan Lampu

Beberapa gambar menunjukkan suasana meriah dengan hiasan lampu yang dipasang di sekitar khemah perlindungan mereka di Kejiranan Tal Al Sultan, Timur Rafah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sekiranya anda peka dengan perkembangan di Palestin, umum mengetahui bahawa negara berkenaan sedang dibom oleh Angkatan Pertahanan Israel (IDF) sehingga meragut lebih 30,410 nyawa.

Lebih membimbangkan lagi, pihak IDF turut menyerang satu-satunya kawasan selamat bagi rakyat Palestin untuk berlindung di bawah khemah iaitu di Rafah.

Baca Artikel Berkaitan: Tempat Perlindungan Rakyat Palestin Di Rafah Diserang, Malaysia Kutuk Kekejaman Israel

Meskipun terpaksa berdepan dengan detik cemas jika diserang oleh Israel, ia tidak menghalang rakyat Palestin untuk menyambut ketibaan bulan Ramadan.


Penduduk Palestin Hias Khemah Dengan Lampu Sempena Bulan Ramadan

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@Marchforward), beberapa gambar menunjukkan suasana meriah dengan hiasan lampu yang dipasang di sekitar khemah perlindungan rakyat Palestin di Kejiranan Tal Al Sultan, Timur Rafah.

Selain itu, mereka juga menggantung tali dengan hiasan kertas berbentuk segi tiga di sekitar luar khemah.

Walaupun secara bersederhana, tetapi usaha mereka untuk menghidupkan kedatangan bulan Ramadan dengan cara memasang cahaya lampu cukup menyentuh hati.

Sumber: X (@Marchforward)
Sumber: X (@Marchforward)

Netizen Tersentuh Hati Lihat Usaha Penduduk Palestin Untuk Sambut Ramadan

Usaha yang dilakukan oleh penduduk Palestin itu telah membuatkan beberapa netizen di media sosial bermuhasabah semula melihat bagaimana bulan penuh kemuliaan ini disambut di Malaysia.

Sesetengah netizen berpendapat sambutan di Palestin itu agak berbeza jika dibandingkan dengan masyarakat tempatan yang lebih menyambut ketibaa bulan Syawal berbanding Ramadan.

“Berbeza dengan budaya kita. Berlumba-lumba ke pasar raya untuk membeli persiapan hari raya,” kata netizen.

Dalam pada itu, netizen turut memuji ketabahan rakyat Palestin yang masih kuat keimanan mereka untuk menyambut kedatangan bulan puasa pada tahun ini meskipun sudah kehilangan ramai ahli keluarga.

“Seolah-olah tak ada apa yang berlaku padahal mereka dah hilang tempat tinggal dan orang tersayang. Sangat kuat iman mereka,” luah netizen.

Tersentuh hati kami melihat usaha mereka meraikan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Sumber: X (@Marchforward)

Pihak Berkuasa Palestin Harap Gencatan Senjata Dilakukan Menjelang Ramadan

Memetik laporan Reuters, Pihak Berkuasa Palestin (PA) berharap agar persetujuan untuk melakukan gencatan senjata dapat dicapai menjelang bulan Ramadan yang dijangka akan bermula 10 Mac ini.

Difahamkan pihak IDF dan Hamas telah berunding melalui pihak pengantara tentang kemungkinan untuk melakukan gencatan senjata bagi menghentikan pertempuran pada bulan puasa yang bakal tiba.

Ketika mengeluarkan kenyataan terbabit di forum diplomatik Antalya di Turkiye pada Sabtu lalu (2 Mac), Menteri Luar Palestin iaitu Riyad al-Maliki berkata PA akan menjadi satu-satunya pihak berkuasa yang sah untuk mentadbir Gaza selepas perang dihentikan.

Baca Artikel Berkaitan: “Kamu Salah Pilih Orang” – PMX Dedah Terima Ugutan Dari Negara Barat, Namun Bertegas Akan Terus Pertahan Palestin

Baca Artikel Berkaitan:  Israel Bom Hospital Di Gaza, Lebih 500 Nyawa Orang Tak Bersalah Terkorban

Baca Artikel Berkaitan: Israel Kepung Hospital Indonesia Di Gaza, 12 Rakyat Palestin Terbunuh


Umat Islam Solat Jumaat Beramai-ramai Di Gaza

Menerusi hantaran dimuat naik semula di laman Instagram (@beritalahijrah), sejumlah besar penduduk Gaza dilihat menunaikan Solat Jumaat pada minggu lalu di kawasan Masjid Al Farooq di Rafah.

Memetik laporan Al Jazeera, masjid berkenaan sudah hancur akibat dibedil oleh tentera Zionis Israel ketika serangan pada 22 Februari 2024.

Meskipun di bawah terik matahari dan hanya beralaskan sejadah di atas lantai, ia tidak menghalang mereka untuk terus menggalas kewajipan sebagai seorang Muslim kepada Allah SWT.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd