Now Reading
Lelaki Ini Review 7 Masjid Sekitar Lembah Klang Untuk Solat Tarawih. 1 Hari 1 Masjid!

Lelaki Ini Review 7 Masjid Sekitar Lembah Klang Untuk Solat Tarawih. 1 Hari 1 Masjid!

Antara masjid yang dikunjungi adalah Masjid Tun Abdul Aziz dan Masjid Ar-Rahah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bulan Ramadan adalah tempoh waktu di mana kebanyakan masjid serta surau akan dipenuhi dengan para jemaah mengerjakan solat fardu Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah.

Selain itu, ada juga sesetengah individu yang memilih untuk berbuka puasa di lokasi tempat beribadah ini kerana suasananya yang meriah serta mempunyai hidangan percuma.

Tahu tak, sebenarnya ada banyak masjid di sekitar Lembah Klang yang cukup selesa dan cantik. Rasa macam rugi pula kalau tak pernah singgah.

Baca Artikel Berkaitan: Masjid Sri Sendayan, Damansara Perdana, Selat Melaka & 7 Lagi Masjid Yang Cantik Sekitar Malaysia


7 Review Masjid Sekitar Lembah Klang Untuk Solat Tarawih Di Bulan Ramadan

Untuk anda yang baru pertama kali nak mencuba ke pelbagai lokasi masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, baru-baru ini seorang pengguna TikTok telah berkongsi ‘review’ di beberapa masjid untuk melakukan solat sunah Tarawih.

Perkongsian itu kemudiannya dimuat naik semula di laman X (@_NazriH).

Antara lokasi masjid tersebut adalah seperti berikut:

#1. Masjid Wilayah Persekutuan
Sumber: Hello Travel/ Pinterest

Reka bentuk masjid ini sungguh cantik dan hampir sama seperti di Masjid Biru, Shah Alam.

Bacaan imam untuk solat jemaah dipuji agak lunak dengan kelajuan bacaan diberi ‘rating’ 6.5/10.

Walau bagaimanapun, katanya tempat untuk meletakkan kereta agak sukar dan tempat mengambil wuduk juga jauh.

  • Lokasi: Anjung B, Wilayah Persekutuan, Jln Tuanku Abdul Halim, Kompleks Kerajaan, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
#2. Masjid TNB HQ
Sumber: Facebook Sugaroute/ Foursquare

Persekitaran di dalam masjid ini katanya sangat wangi, sejuk dan nyaman selain ia disifatkan sebagai ‘mesra-pelajar’.

Selain itu, imam di masjid ini melakukan solat sunat Tarawih sebanyak lapan rakaat bersama solat sunat Witir.

Pemandangan dari luar masjid pun cantik juga. Boleh nampak bangunan-bangunan tinggi sekitar bandar Kuala Lumpur.

  • Lokasi: Jalan Bangsar, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
#3. Masjid Negara
Sumber: Islamic Tourism Centre of Malaysia/ Kuala Lumpur

Masjid ini cukup cantik dan mempunyai pemandangan yang sungguh menenangkan.

Kelajuan bacaan imam ketika solat jemaah agak perlahan dan setiap rakaat dibaca satu halaman ayat al-Quran.

Namun, tempat untuk mengambil wuduk katanya agak jauh dari tempat solat.

  • Lokasi: Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
#4. Masjid Damansara Perdana
Sumber: AireGard

Masjid ini merupakan salah satu lokasi beribadah bagi umat Islam yang viral dalam kalangan masyarakat kerana reka bentuknya yang moden dan cantik. Difahamkan, persekitaran dalamannya juga boleh tahan sejuk dan selesa.

Lokasi: Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana 47820 Petaling Jaya Selangor.

#5. Masjid Ar-Rahah
Sumber: Berita Harian/ Sinar Harian

Masjid ini mempunyai reka bentuk yang menarik dan bacaan imam juga agak laju.

Tetapi ruang untuk parkir kereta agak terhad dan agak bising kerana terdapat kanak-kanak yang bermain di dalam masjid ketika solat jemaah dilaksanakan.

  • Lokasi: 51805, Jalan Kerinchi Kiri 2, Kampung Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
#6. Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat)
Sumber: Islamic Tourism Centre of Malaysia

Masjid ini pun best juga katanya dan boleh memuatkan sehingga 1,000 orang jemaah dalam satu masa.

Sebagai info, masjid yang dibina pada tahun 1977 ini juga dikenali sebagai Masjid Bulat kerana reka bentuknya dibuat mengikut bentuk bulat.

  • Lokasi: Aras Bawah, Jalan Professor Khoo Kay Kim, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor.
#7. Masjid Khadijah
Sumber: Instagram @izani_bee

Masji Khadijah ini disifatkan agak ‘underrated’ kerana tidak diketahui ramai. Bacaan imam agak laju dan suhu di dalam ruangannya juga sejuk.

Tetapi kalau anda nak ke masjid ini, kena cari betul-betul kerana ia agak tersorok sedikit.

  • Lokasi: Jalan Pantai Dalam, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam apa jua cara. Kalau nak baca thread penuh, boleh klik ciapan di bawah:


11 Masjid Sekitar Lembah Klang Yang Mudah Diakses Dengan LRT Dan MRT

Sesetengah orang mungkin tidak mahu berdepan dengan kesesakan lalu lintas untuk keluar berbuka puasa di masjid. Jadi, berikut kami senaraikan 11 lokasi masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang boleh diakses menggunakan LRT dan MRT.

Antaranya:

  • Masjid Putra Heights (LRT Putra Heights)
  • Masjid Jamek Sultan Abdul Samad (LRT Masjid Jamek)
  • Masjid Mukarramah Bandar Sri Damansara (MRT Damansara Barat)
  • Masjid Saidina Umar Al-Khattab (MRT Semantan)
  • Masjid Asy-Syakirin (LRT KLCC/ MRT Persiaran KLCC)
  • Masjid Muadz bin Jabal (LRT Setiawangsa)
  • Masjid Salahudin Al Ayubi (LRT Taman Melati)
  • Masjid Negara (KTM Kuala Lumpur)
  • Masjid Ar Rahah (LRT Universiti)
  • Masjid Jamek Kampung Baru (LRT Kampung Baru)
  • Masjid Al Bukhari (LRT Hang Tuah)

Baca Artikel Berkaitan: Ini 11 Masjid Sekitar Lembah Klang Yang Anda Boleh Buka Puasa Secara Percuma. LRT & MRT Pun Dekat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd