Ini 11 Masjid Sekitar Lembah Klang Yang Anda Boleh Buka Puasa Secara Percuma. LRT & MRT Pun Dekat
Antara masjid sekitar Lembah Klang yang menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma adalah Masjid Muadz bin Jabal dan Masjid Asy-Syakirin.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ramadan adalah bulan di mana segala amal kebaikan yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan lain.
Selain melakukan solat Terawih, sesetengah masyarakat juga tidak ketinggalan untuk bersedekah dengan menyumbangkan makanan bagi berbuka puasa di masjid-masjid sekitar mereka.
Seronok juga dapat berbuka puasa di masjid. Sambil-sambil itu boleh juga merapatkan ukhuwah di antara umat Islam.
11 Lokasi Masjid Sekitar Lembah Klang Untuk Berbuka Puasa
Kepada anda yang belum pernah merasai pengalaman berbuka puasa beramai-ramai di masjid, berikut adalah beberapa lokasi masjid sekitar Lembah Klang yang boleh dikunjungi.
Antaranya:
#1. Masjid Putra Heights

- Lokasi: Masjid Putra Heights, Persiaran Putra Indah, Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor.
- Pengangkutan awam berhampiran: LRT Putra Heights. (Boleh jalan kaki sahaja dari LRT).
#2. Masjid Jamek Sultan Abdul Samad

- Lokasi: Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Pengangkutan awam berhampiran: LRT Masjid Jamek (Boleh jalan kaki sahaja dari LRT).
#3. Masjid Mukarramah Bandar Sri Damansara

- Lokasi: Jalan Saga SD 8/1, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Selangor.
- Pengangkutan awam berhampiran: MRT Damansara Barat (Perlu naik bas RapidKL dari MRT untuk ke masjid).
#4. Masjid Saidina Umar Al-Khattab

- Lokasi: Jalan Setiabudi, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Pengangkutan awam berhampiran: MRT Semantan (Perlu ambil bas MRT di pintu B untuk ke masjid).
#5. Masjid Asy-Syakirin

- Lokasi: Lot 41, Seksyen, Masjid Al-syakirin, 58, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Pengangkutan awam berhampiran: LRT KLCC/ MRT Persiaran KLCC (Boleh jalan kaki sahaja dari LRT atau MRT).
#6. Masjid Muadz bin Jabal

- Lokasi: Persiaran Setiawangsa, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Pengangkutan awam berhampiran: LRT Setiawangsa (Boleh berjalan kaki).
#7. Masjid Salahudin Al Ayubi

- Lokasi: Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.
- Pengangkutan awam berhampiran: LRT Taman Melati
#8. Masjid Negara

- Lokasi: Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Pengangkutan awam berhampiran: KTM Kuala Lumpur
#9. Masjid Ar Rahah

- Lokasi: 51805, Jalan Kerinchi Kiri 2, Kampung Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Pengangkutan awam berhampiran: LRT Universiti
#10. Masjid Jamek Kampung Baru

- Lokasi: Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Pengangkutan awam berhampiran: LRT Kampung Baru (Boleh jalan kaki sahaja dari LRT).
#11. Masjid Al Bukhari

- Lokasi: 1, Jalan Hang Tuah, Bukit Bintang, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Pengangkutan awam berhampiran: LRT Hang Tuah
Mustajab Berdoa Sebelum berbuka Puasa
Tak kisahlah anda berbuka di mana sekalipun, jangan lepaskan peluang untuk berdoa kepada Allah SWT pada waktu-waktu terakhir sebelum berbuka puasa.
Tempoh tersebut adalah salah satu waktu yang paling mustajab untuk berdoa. Mintalah apa sahaja kepada Allah SWT, InsyaAllah ia tidak akan ditolak.
Rugi kalau tak ambil peluang ini untuk berdoa.
Berikut pula merupakan cadangan doa yang boleh dipraktik, namun jika anda mempunyai hajat berbeza, jangan segan silu untuk berdoa menurut permintaan masing-masing.
- Bertambah iman.
- Sihat tubuh badan.
- Mati yang baik.
- Murah rezeki.
- Anak soleh.
- Keluarga bahagia.
- Rahmat Allah SWT.
- Jauh azab kubur.
- Lapang dada.
- Kekalkan iman.
- Ampunkan dosa.
- Anak-anak berjaya.
- Perniagaan yang diberkati.
- Dijauhi segala penyakit.
- Ibadat diterima.
- Mudah segala urusan.
- Diterima taubat.
- Lapangkan kubur.
- Mudah bayar hutang.
- Lailatulqadar.
- Syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
- Syurga Firdaus.
- Jauhi neraka.
- Terima kitab dengan tangan kanan.
- Selamat meniti Sirat.
- Selamat fitnah Dajal.
- Ketenangan hati.
- Doa buat kedua-dua ibu bapa.
- Keluarga yang dirikan solat.
- Diterima puasa Ramadan.
Selamat beramal dan menjalani bulan Ramadan dengan penuh keberkatan.
Baca Artikel Berkaitan: Angkat Tangan 5 Minit & Berdoa Sebelum Buka Puasa. Tak Akan Ditolak Oleh Allah SWT
Baca Artikel Berkaitan: 11 Jenis Menu Juadah Berbuka Puasa Dari Seluruh Dunia. Ke-10 Paling Ramai Tahu!
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Masjid Wilayah Persekutuan Sedia Khidmat Jaga Anak Ketika Solat Tarawih
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.