Now Reading
[Foto] Masjid Wilayah Persekutuan Sedia Khidmat Jaga Anak Ketika Solat Tarawih

[Foto] Masjid Wilayah Persekutuan Sedia Khidmat Jaga Anak Ketika Solat Tarawih

Kanak-kanak yang telah mumayyiz dan beradab diharuskan dan sangat digalakkan untuk dibawa ke masjid.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila bulan Ramadan tiba, umat Islam pasti mahu memperbanyakkan ibadah agar mengumpul pahala yang berganda. Salah satunya adalah dengan menjalankan ibadah sunat tarawih yang hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadan.

Namun begitu, bagi para ibu, mungkin kadang-kala terpaksa melepaskan peluang solat tarawih di masjid kerana perlu menjaga anak-anak di rumah.

Walaupun solat sunat tarawih boleh sahaja ditunaikan di rumah, pasti ada ibu yang rindu untuk berjemaah di masjid atau surau beramai-ramai.


Khidmat Jagaan Kanak-Kanak Hingga 25 Ramadan

Seorang pengguna TikTok (@tubiess15) berkongsi info tentang Masjid Wilayah Persekutuan yang menyediakan perkhidmatan menjaga anak-anak.

Perkhidmatan tersebut digelar sebagai Program Tarbiatul Aulad yang bermakna pendidikan kanak-kanak dalam bahasa Arab.

Melihat kepada gambar yang dikongsi, program itu berlangsung bermula 30 Syaaban hingga 25 Ramadan, yakni 5 April tahun ini.

Ibu bapa boleh menghantar anak-anak bermula jam 8 dan perlu mengambil mereka seusai solat tarawih sekitar 10 malam.

Sumber: @tubiess15/ TikTok

Program Percuma Bagi Kanak-Kanak 1 Hingga 6 Tahun

Hanya kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun yang boleh ditempatkan dalam jagaan program tersebut sementara ibu bapa menjalani ibadah solat tarawih.

Ibu bapa yang berminat hanya perlu mendaftar secara ‘walk-in’ dan tiada sebarang bayaran dikenakan.

Tempat khidmat jagaan kanak-kanak tersebut diletakkan di ruang legar Tingkat 2, Anjung C Masjid Wilayah Persekutuan. Ia berada di sebelah kiri sebelum memasuki ruang solat jemaah wanita.

Selain daripada menjaga anak-anak, mereka turut menyediakan pelbagai permainan serta aktiviti seperti mewarna. (Sumber: @tubiess15/ TikTok)

Berikut kami kongsikan beberapa masjid lain di sekitar Lembah Klang dan Selangor yang mesra kanak-kanak atau turut mempunyai khidmat penjagaan anak-anak ketika bulan Ramadan.

  1. Masjid al-Hasanah Bandar Baru Bangi
  2. Masjid Bandar Sri Putra, Bangi
  3. Masjid An-Nur, Temasya Glenmarie
  4. Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya
  5. Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi
  6. Masjid Al-Mustaqim, Ampang
  7. Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya
Sumber: Masjid Jamek Sultan Hisamuddin/ Facebook

Hukum Bawa Kanak-Kanak Ke Masjid

Menurut Jabatan Mufti Negeri Selangor, terdapat beberapa pendapat berkenaan membawa anak-anak ke masjid.

Jika seorang kanak-kanak telah mumayyiz dan beradab, diharuskan dan sangat digalakkan untuk dibawa ke masjid.

Sebaliknya, jika kanak-kanak tersebut masih belum mumayyiz dan tingkah laku sukar dikawal, lebih baik jika tidak dibawa bersama ke masjid. Akan tetapi, jika terdapat keperluan mendesak, harus dibawa ke masjid dengan syarat ibu bapa perlu menjaga mereka.

Sumber: Unsplash.

Di samping itu, riwayat daripada Anas bin Malik RA menunjukkan keharusan wanita solat berjemaah di masjid serta membawa anak-anak mereka bersama mereka. Rasulullah SAW bersabda:

إِنِّي لَأَدْخُلُ الصَّلَاةَ أُرِيدُ إِطَالَتَهَا فَأَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ فأتَجَوَّزُ في صَلَاتي ممَّا أَعْلَمُ مِن شِدَّةِ وجْدِ أُمِّهِ مِن بُكَائِهِ.

Maksudnya: “Sesungguhnya aku masuk ke dalam solat dan aku hendak memanjangkannya. Kemudian aku mendengar suara tangisan kanak-kanak maka aku ringkaskan (solat) karena aku tahu betapa gelisahnya si ibu terhadap tangisan anaknya.”

Sumber: Pexels.

Baca Artikel Berkaitan: Cara Solat Sunat Tarawih Di Rumah & Solat Sunat Witir Paling Ringkas Untuk Panduan Semua


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd