Now Reading
[Video] Ustaz Kongsi Cara Nak Khatam Al-Quran Setiap Malam Di Bulan Ramadan

[Video] Ustaz Kongsi Cara Nak Khatam Al-Quran Setiap Malam Di Bulan Ramadan

Menurut Ustaz Jafri, sekiranya seseorang itu tidak mampu untuk khatam al-Quran dengan bacaan yang sempurna maka boleh mengikut cara yang disarankan Nabi SAW untuk membaca surah al-Ikhlas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pejam celik tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadan yang mulia ini akan meninggalkan kita.

Bukan hanya itu, ketika 10 malam terakhir ini jugalah ramai yang mengambil peluang untuk bertungkus-lumus melakukan ibadah bagi merebut peluang pahala yang dijanjikan.

Oleh itu, ada yang menunaikan solat Tarawih, bersedekah, mengaji dan banyak lagi. Malah setiap kali tibanya bulan Ramadan ramai yang mengambil peluang untuk khatam membaca al-Quran.

Ustaz Jafri ajar cara nak khatam al-Quran setiap malam

Baru-baru ini, Ustaz Jafri Mahmoodi telah berkongsi beberapa cara yang boleh dilakukan untuk khatam membaca al-Quran pada setiap malam untuk 10 Ramadan terakhir.

“Bayangkan kalau kita khatam al-Quran, malam tu Lailatul Qadar. Subhanallah macam kita khatam lebih daripada 84 tahun,” ujarnya.

Baca surah al-Ikhlas umpama sepertiga al-Quran

Menurutnya sekiranya seseorang itu tidak mampu khatam al-Quran dengan bacaan yang sempurna maka mereka boleh melakukan dengan cara yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW untuk membaca surah al-ikhlas.

“Bukankah sabda Rasululllah SAW satu (bacaan) surah Al-Ikhlas itu seumpama sepertiga daripada al-Quran.

“Maka kita baca tiga kali. Maka sempurnalah penilaian seperti kita mengkhatamkan al-Quran pada malam tersebut.”

Jangan tinggalkan baca al-Quran seperti biasa

Oleh itu, Ustaz Jafri mengingatkan orang ramai untuk tidak meninggalkan bacaan surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya tiga kali.

Malah dia juga berharap semoga bacaan itu kita semua mendapat nilaian seperti mengkhatamkan al-Quran pada malam berkenaan.

“Pun begitu beliau janganlah tinggal baca al-Quran yang sungguh-sungguh tu, nanti tak baca al-Quran pula kan. Yang itu kita teruskan, yang ini sebagai tambahan,” jelasnya lagi.

@jafrimahmoodi_off

10 akhir ramadhan ni kalau boleh nak khatam AlQuran setiap malam dengan harapan salah satunya bertemu lailatulqadr. Mungkin dgn cara ini mudah utk kita dapat nilaian menkhatamkan AlQuran setiap malam. #fyp #jafrimahmoodiofficial #jafrimahmoodi #ustazjafriabubakarmahmoodi #ustazjafriabubakar #tehtarikmahmudi #kidaf #kompleksislamdarulfaizin #lailatulqadar

♬ original sound – jafrimahmoodi_official – jafrimahmoodi_official

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd