Now Reading
[Video] Gunung Berapi Ruang Meletus Lagi, Tahap Amaran Ditingkatkan Ke Paras Tertinggi

[Video] Gunung Berapi Ruang Meletus Lagi, Tahap Amaran Ditingkatkan Ke Paras Tertinggi

Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) Indonesia melaporkan letusan terjadi pada 30 April, 1.15 pagi waktu tempatan dengan ketinggian mencecah 2.0 meter.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Gunung Berapi Ruang yang terletak di wilayah Sulawesi Utara, Indonesi sebelum ini dilaporkan beberapa kali meletus pada awal bulan April.

Letusan tersebut sehingga melepaskan asap debu melebihi ketinggian 1.8 meter ke udara dan menyebabkan banyak penerbangan terpaksa dibatalkan.

Baca Artikel Berkaitan: Gunung Berapi Ruang Meletus, Ini Fakta Tentang Bencana Alam Yang Sedang Berlaku Di Indonesia


Gunung Berapi Ruang Meletus Lagi

Pagi ini (30 April), media melaporkan gunung tersebut telah meletus sekali lagi sehingga memuntahkan abu dan lava.

Menurut Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) Indonesia, letusan terjadi pada 1.15 pagi waktu tempatan, dengan ketinggian sehingga 2.0 meter. Sebelum itu, gempa bumi telah berlaku sejak 12.15 malam.

Sehubungan itu, tahap amaran telah dinaikkan ke paras tertinggi (Level IV/ AWAS).

Penduduk di sekitar Gunung Ruang digesa agar tidak mendekati pusat kawah aktif gunung itu dalam radius 7 kilometer.


Penduduk Pulau Tagulandang Akan Dipindahkan

Dalam masa sama, penduduk di kawasan Pulau Tagulandang dalam radius 6 km dari gunung juga diminta agar segera berpindah.

Sebelum ini, lebih 800 penduduk Pulau Ruang di wilayah itu telah dipindahkan berikutan letusan pada awal bulan. Namun masih belum dilaporkan bilangan penduduk yang akan dipindahkan hari ini susulan letusan terbaharu.

Beberapa video dimuat naik ke media sosial menunjukkan gunung berapi memuntahkan lava yang mengalir menuruninya.

@yimeyu

Gunubg ruang kembali mengeluarkan lava panas padah hari ini Selasa, 30 April 2024 Pukul 02:30 Pagi sumber video : facebook.com/Ridheo Dengan #gunungruang #bencana #foryou

♬ suara asli – Y – Y

Gunung Berapi Ruang turut meletus pagi ini dan mengeluarkan asap panas.


Tahap Amaran Baru Sahaja Diturunkan Pada 22 April Lalu

Letusan sebelum ini telah menyebabkan lapangan terbang Manado ditutup dari 18 April hingga separuh hari 22 April. Malah, rumah-rumah telah rosak dan hospital berdekatan terpaksa dipindahkan disebabkan oleh batu dan abu yang jatuh.

Pada 22 April, tahap amaran berkenaan aktiviti Gunung Ruang telah diturunkan ke paras III (Siaga), namun dinaikkan semula hari ini.

Reuters berkata kedudukan Indonesia terletak pada ‘Lingkar Api Pasifik’ yang mempunyai kawasan aktiviti seismik tinggi diakibatkan pertemuan antara beberapa plat tektonik.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd