Now Reading
Gunung Berapi Ruang Meletus, Ini Fakta Tentang Bencana Alam Yang Sedang Berlaku Di Indonesia

Gunung Berapi Ruang Meletus, Ini Fakta Tentang Bencana Alam Yang Sedang Berlaku Di Indonesia

Gunung Berapi Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia telah meletus sekurang-kurangnya tiga kali dalam minggu ini dan menghasilkan 4,000 sambaran kilat di kawasan sekitar gunung terbabit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam satu kejadian bencana alam yang berlaku baru-baru ini di wilayah Sulawesi Utara, Indonesia, sebuah gunung berapi iaitu Gunung Berapi Ruang telah meletus dan melepaskan asap debu melebihi ketinggian 1.8 meter di udara.

Susulan itu, lebih 11,000 penduduk di kawasan berhampiran telah dipindahkan dan setakat hari ini (19 April), tiada sebarang kematian direkodkan.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa tempatan turut mengeluarkan amaran tsunami selepas letusan berlaku.


Fakta Tentang Letusan Gunung Ruang Di Indonesia

Berikutan letusan gunung berapi yang berlaku ini, seorang ahli fizik di laman X (@zamirmohyedin) telah berkongsi beberapa fakta tentang bencana alam yang berlaku ini.

Sumber: X @bckupacc99
Jumlah Letusan Yang Pernah Berlaku Di Gunung Ruang

Gunung Berapi Ruang yang berada pada ketinggian satu kilometer dari paras laut itu kembali meletus sejak Selasa lalu (16 April) sekitar jam 9:45 malam selepas ia pernah meletus sekitar 12 kali pada tahun-tahun terdahulu.

Sebagai info, Gunung Berapi Ruang ini pertama kali meletus pada tahun 1808 dan bencana tersebut direkodkan paling teruk ketika letusan berlaku pada 2002.

Difahamkan, gunung berapi itu telah meletus sekurang-kurangnya tiga kali dalam minggu ini dan menghasilkan 4,000 sambaran kilat di kawasan sekitar gunung terbabit.

Apa Yang Berlaku Apabila Terjadinya Letusan Gunung Berapi?

Letusan gunung berapi kebiasannya dilihat sebagai satu bencana alam dan boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat setempat.

Namun dari sudut lain pula, ia ada satu proses semula jadi melibatkan alam sekitar yang boleh memberikan kesuburan kepada tanah dan hidupan laut selain menyejukkan suhu Bumi.

Mungkin ada terfikir, macam mana debu daripada letusan gunung berapi boleh memberi manfaat?

Jelas ahli fizik ini, debu daripada letusan gunung berapi yang kaya dengan mineral akan jatuh pada kawasan tanah berhampiran serta lautan dan secara tidak langsung ia meningkatkan produktiviti hidupan laut.

Selain itu, asap yang dilepaskan juga mengandungi sulfur dioksida yang akan memantulkan cahaya Matahari untuk kembali semula ke angkasa.

Jadi, atmosfera Bumi akan berlaku penyejukan kerana cahaya Matahari tidak dapat menembus ruang udara.

Kalau anda perasan, setiap kali letusan gunung berapi dahsyat yang berlaku, maka ia akan diikuti dengan penyejukan global.


Penerbangan Kapal Terbang Dibatalkan Kerana Letusan Gunung Berapi Ruang

Untuk rekod, letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia itu turut memberi kesan kepada penerbangan ke Sabah dan Sarawak yang dijadualkan pada semalam (18 April).

Dua syarikat penerbangan negara iaitu Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) serta AirAsia telah membatalkan sejumlah penerbangan dari Semenanjung ke Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) dan domestik dalam negeri.

Baca Artikel Berkaitan: Gunung Ruang Meletus: AirAsia & Malaysia Airlines Batal Beberapa Penerbangan, Semak Senarai Di Sini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd