Now Reading
[Video] Pakcik Jatuh Tersungkur Atas Lebuh Raya Ketika Kejar Lori Selepas Lupa Tarik ‘Hand Brake’

[Video] Pakcik Jatuh Tersungkur Atas Lebuh Raya Ketika Kejar Lori Selepas Lupa Tarik ‘Hand Brake’

Kejadian seorang pakcik mengejar lori di lebuh raya dipercayai berlaku di Semarang, Jawa Tengah, Indonesia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, pemanduan di atas jalan raya boleh jadi sangat memenatkan kerana seseorang individu terpaksa menempuh tempoh perjalanan yang lama untuk sampai ke destinasi.

Kepenatan itu kadangkala membuatkan pemandu berasa stres lebih-lebih jika menghadap trafik yang sesak.

Oleh disebabkan perkara tersebut, ramai di kalangan orang awam akan berhenti di Hentian Rehat (RnR) atau bahu jalan untuk berehat sebentar.


Lori Gerak Dengan Sendiri Di Lebuh Raya Tanpa Kawalan Pemandu

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @update11111) menyaksikan situasi cemas yang sedang berlaku di sebuah lebuh raya dipercayai di Semarang, Jawa Tengah, Indonesia.

Menurut pengendali akaun X, seorang pemandu lori sedang berhenti di tepi bahu jalan dan meninggalkan kenderaannya buat sementara waktu.

Namun disebabkan tidak menyedari brek tangan belum ditarik, lori tersebut telah bergerak dengan sendiri tanpa pengawalan pemandu.

Sumber: X

Pakcik Sampai Terjatuh Kejar Lori

Terkejut melihat kenderaan yang sedang bergerak, pemandu dilihat bergegas mengejar lori yang terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan itu. Lebih memilukan apabila pakcik berkenaan telah terjatuh di atas jalan raya semasa mengejar.

Selepas beberapa ketika mengejar, akhirnya pakcik tersebut berjaya memasuki ruangan tempat duduk pemandu dan mengendali semula kenderaannya.

Melalui tontonan video, kami percaya tiada kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan sepanjang kejadian berlaku.


Netizen Simpati Lihat Pakcik Yang Gigih Kejar Lori

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen bersimpati melihat nasib dilalui oleh pakcik berkenaan.

“Sedihnya. Struggle betul pakcik kejar (lori) walhal mesti berhenti sekejap (di bahu jalan) untuk rehat,” kata seorang wanita.

Sementara itu ada juga segelintir orang ramai memuji pemandu berkenaan kerana gigih mengejar lori agar tidak membahayakan keselamatan nyawa individu lain.

“Sedih tengok dia jatuh macam itu. Gigihnya dia mencari rezeki halal dan menjaga keselamatan orang awam. Semoga Allah luaskan rezeki pakcik,” kata seorang pengguna laman X.

Malah, ramai juga berasa kesihan mengenangkan sakit yang dilalui oleh pemandu ketika terjatuh di tengah lebuh raya.

“Hiba tengok dia jatuh. Doa dia cepat sembuh dari luka,” jelas seorang lelaki.

Sumber: X

Boleh Ke Berhenti Di Bahu Jalan Untuk Rehat?

Mungkin segelintir para pemandu bertindak menghentikan kereta di bahu jalan kerana fokus mereka semakin hilang akibat berasa penat.

Seorang pakar, Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Kulanthayan KC Mani juga menasihatkan orang ramai untuk berhenti berehat sebentar selepas empat jam memandu bagi mengelakkan risiko kemalangan.

Sumber: Freepik

Memetik Sinar Harian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini juga pernah menjelaskan bahawa pemandu boleh berhenti di tepi jalan atas faktor kecemasan.

Oleh itu, jika anda berasa penat atau mengantuk anda disarankan untuk berhenti seketika dan lebih baik untuk mencari mana mana RnR berdekatan.

Baca Artikel Berkaitan: “Masa Drive Tertidur” – Lelaki Ini Kongsi Cerita Bantu Gadis Balik Melaka Lepas Terlanggar Divider

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ibu Sergah Pemandu Myvi Cuai Didakwa Guna ‘Waze’, Jadi Punca Kemalangan Di Terowong Penchala

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Kereta Peniaga Terbalik Lepas Terbabas Langgar Pokok, Kuih-muih Bertaburan Atas Jalan Raya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd