Now Reading
“Masa Drive Tertidur” – Lelaki Ini Kongsi Cerita Bantu Gadis Balik Melaka Lepas Terlanggar Divider

“Masa Drive Tertidur” – Lelaki Ini Kongsi Cerita Bantu Gadis Balik Melaka Lepas Terlanggar Divider

Alhamdulillah, dengan bantuan Akeem dan keluarga, wanita itu selamat sampai di Melaka dan berjaya menghubungi keluarga.

microsleep

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pernah tak ketika memandu pada waktu malam, anda terlelap seketika walaupun lima saat? Memandu pula di jalan yang lurus dan gelap, memang akan auto mengantuk.

Tahu-tahu, dah terlelap.

microsleep

Badan anda seakan-akan ‘tidur’ buat seketika walaupun sebenarnya anda masih memandu kenderaan. Kejadian seperti ini juga telah menyebabkan kemalangan jalan raya yang begitu mengerikan contohnya kereta hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan atau kereta lain.

Keadaan seperti ini dikenali sebagai ‘Microsleep‘.


Lelaki dan keluarga bantu wanita 23 tahun

Seorang pengguna Twitter (AkeemSharyzal) menerusi satu perkongsian telah mendedahkan pengalamannya bersama keluarga ketika mereka membantu seorang wanita berusia 23 tahun untuk pulang ke Melaka.

Menceritakan tentang hari kejadian, wanita tersebut pada ketika itu dilihat berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) dan sedang mencuba untuk menghubungi seseorang.

Keretanya pada ketika itu dilihat baru sahaja mengalami kemalangan dengan bahagian hadapan telah ‘rabak’.

Akeem dan keluarga bertindak untuk bertanyakan apa yang terjadi kepada wanita tersebut. Dia seterusnya menjelaskan telah tertidur ketika sedang memandu.

Akeem dan keluarga yang pada ketika itu dalam perjalanan untuk ke Melaka seterusnya mengambil keputusan untuk membantu wanita tersebut.

Menceritakan apa yang telah terjadi, wanita berkenaan menjelaskan dia yang pada mulanya sedang memandu secara tiba-tiba tertidur dan melanggar penghadang jalan (divider).

Tapi mujur sahaja dia sempat kawal steering.

Alhamdulillah, dengan bantuan Akeem dan keluarga, wanita itu selamat sampai di Melaka dan berjaya menghubungi keluarga.


Pengajaran.

Akeem menerusi bebenang tweets turut memberikan pengajaran yang boleh diambil daripada kejadian tersebut iaitu untuk mereka yang suka memandu di waktu malam, jika terasa mengantuk, berhenti dahulu di tepi jalan atau stesen minyak berdekatan.

Jangan paksa diri untuk memandu sebab nak cepat sampai.


Cara Elak Mengantuk Ketika Memandu.

Untuk pemandu dan pengguna jalan raya di luar sana, berikut merupakan beberapa tips berguna untuk anda yang sering mengantuk ketika memandu waktu malam.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd