Now Reading
[Video] Aksi 2 Jejaka Pakai Topeng Beri Ayam Segar Percuma Depan Pavillion KL Jadi Perhatian

[Video] Aksi 2 Jejaka Pakai Topeng Beri Ayam Segar Percuma Depan Pavillion KL Jadi Perhatian

Sekumpulan lelaki yang memakai topeng muka dilihat menghulurkan ayam segar secara percuma kepada orang ramai sekitar Pavillion, Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sikap saling membantu dan bersedekah kini dilihat semakin meluas serta menjadi satu norma dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Jika berkesempatan atau mempunyai rezeki lebih, tidak salah untuk kita berkongsi dengan orang ramai. Bukan sahaja mendapat ganjaran pahala, malah hubungan kita sesama masyarakat juga akan bertambah baik dan majmuk.

Sebagai contoh, anda boleh menghulurkan sedekah berbentuk barangan dan makanan mereka yang memerlukan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Beri 550 Orang Makan Percuma Setiap Hari, Usahawan Tak Sanggup Lihat Penduduk Berlapar


Sekumpulan Lelaki Beri Ayam Segar Percuma Kepada Orang Awam

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @baymzn), menyaksikan satu situasi di tengah kota bandar Kuala Lumpur berdekatan dengan pusat membeli-belah Pavillion.

Menerusi video perkongsian, kelihatan dua orang lelaki yang memakai topeng berwarna putih sedang mengedarkan ayam segar kepada orang awam yang berdekatan menggunakan kenderaan jenis 4×4.

Sumber: X (Twitter @baymzn)

Jelas pemilik akaun X bernama Bay, dia meluahkan rasa syukur melihat kebaikan orang tidak dikenali dalam bersedekah kepada orang ramai.

Dengan ekonomi sekarang semakin teruk, Allah hadirkan manusia-manusia macam ini. Bagi free pula!

Bay.

Selain itu, seorang lelaki juga memaparkan beberapa keping kadbod yang bertulis, “Kami bukan influencer” dan “Kami bukan selebriti” dan “Kami bukan sesiapa.”


Aksi Sekumpulan Lelaki Beri Ayam Segar Percuma Undang Pelbagai Reaksi

Menjengah ke ruangan balas, netizen memberikan pelbagai reaksi melihat situasi tersebut. Ramai yang memuji tindakan beberapa orang lelaki berkenaan kerana tidak berkira dalam bersedekah.

“Baiknya orang Malaysia, semoga Allah lipat ganda rezeki, kesihatan, kebahagiaan dunia akhirat,” kata seorang pengguna X.

Pun begitu, ramai juga yang mempertikaikan pemakaian lelaki tersebut kerana memakai topeng muka yang dikatakan agak mencurigakan.

“Pakai topeng muka? Tidak, terima kasih,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, ada juga yang berpendapat tindakan tersebut seolah-olah hanya untuk meraih perhatian orang ramai.

“Idea bagus, pelaksanaan ‘hauk’. Orang nak publisiti murahan je bagi bahan mentah depan pusat beli-belah kayangan,” jelas seorang wanita.

Sumber: X

Baca Artikel Berkaitan: Influencer Pemurah Sedekah Limau Di Tempat Ibadah Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Kongsi Kisah Ketika Motor Dicuri, Ada Pakcik ‘DM’ Mahu Sedekah Duit Ribuan Ringgit


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd