Now Reading
Influencer Pemurah Sedekah Limau Di Tempat Ibadah Raih Pujian

Influencer Pemurah Sedekah Limau Di Tempat Ibadah Raih Pujian

Influencer yang dikenali sebagai Mekyun itu berkata pemberian limau tersebut mampu membawa berkat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada minggu lalu, perayaan Tahun Baru Cina telah berlangsung dengan meriah di seluruh negara. Seperti yang anda tahu, perayaan berkenaan menandakan permulaan tahun baru bersama tuah lebih baik.

Selain itu, perayaan tersebut juga mampu mengeratkan hubungan sesama kaum yang pelbagai di Malaysia seperti kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Maskot Tarian Singa ‘Layan’ Aksi Silat Lelaki Buat Netizen Terhibur


Wanita Kongsi Limau Mandarin Dekat Tempat Ibadah Agama Lain

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@mekyunnnn) menyaksikan seorang influencer dikenali sebagai Mekyun sedang berkongsi rezeki dengan orang awam sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Perkara yang menyentuh hati apabila Mekyun menghulurkan beberapa kotak buah limau kepada individu yang berkunjung ke tempah ibadah agama lain termasuklah masjid, kuil hindu dan tokong cina.

Jelasnya, pemberian tersebut bukan sahaja membawa berkat tetapi juga memberi kegembiraan buat orang lain.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat individu yang sembahyang di tempat ibadah berkenaan mengukirkan senyuman dan bergembira menerima buah limau daripada wanita berkenaan.

Bukan sahaja limau, Mekyun juga dilihat memberikan angpau kepada mereka.

Sumber: TikTok (@mekyunnnn)

Di akhir perkongsian itu, Mekyun menegaskan bahawa tidak salah untuk berkongsi rezeki dengan orang lain walaupun berlainan bangsa. Malah perkara tersebut juga dapat mengeratkan silaturahim dan perpaduan di kalangan penduduk di Malaysia.

https://www.tiktok.com/@mekyunnnn/video/7335029150324935954

Netizen Puji Sikap Pemurah Mekyun

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna laman TikTok memuji Mekyun kerana sikapnya yang pemurah dengan individu lain tidak kira bangsa.

“Bagus nya Mekyun ni bawa buah limau ke masjid dan bersedekah. Hanya Allah SWT yang dapat membalas kebaikan Mekyun ini. Amin,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@mekyunnnn)

Malah, ada juga yang berkata Mekyun layak dinobatkan sebagai ikon perpaduan kerana pemberian sedekah kepada masyarakat berbilang bangsa.

“Kalau ada undian untuk ikon perpaduan, memang aku akan undi Mekyun,” ujar seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@mekyunnnn)

Sementara itu, seorang guru berpendapat bahawa tindakan dilakukan oleh Mekyun itu dapat dijadikan contoh buat anak-anak supaya menjadi seorang yang pemurah dan tidak berkira untuk memberi kepada orang lain.

“Sebagai seorang guru Pendidikan Moral, saya sangat kagum dengan tindakan Mekyun. Boleh dijadikan contoh untuk anak-anak remaja. Sejuk hati seorang guru ada contoh sebegini,” jelas seorang guru.

Sumber: TikTok (@mekyunnnn)

Maksud Sebenar Tahun Baru Cina

Tahun Baru Lunar yang juga dikenali sebagai Festival Musim Bunga adalah sebuah perayaan ‘pembaharuan’. Itulah sebabnya mengapa sesuatu perjumpaan amat penting kerana ia adalah cara untuk memperbaharui hubungan sesama ahli keluarga.

Tambahan pula, pertukaran hadiah antara satu sama lain akan dilakukan semasa perayaan berlangsung kerana pemberian tersebut dipercayai akan membawa tuah dan berkat.

Sumber: Pexels

Antara amalan lain yang sering dilakukan oleh bangsa tersebut adalah penganjuran Tarian Singa Tarian singa ialah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina di mana penari akan meniru pergerakan singa. 

Sumber: TRP

Untuk info, singa dianggap sebagai haiwan bertuah yang mampu menghilangkan petanda buruk dan bawa nasib baik kepada seseorang. Bukan itu sahaja, ia juga dipercayai membawa kekayaan atau kemakmuran kepada pemilik jika tarian singa dipersembahkan di premis kedai dan rumah.

Baca Artikel Berkaitan: Erti Sebenar Perpaduan, Keluarga Melayu Layan ‘World Cup’ Di Rumah Jiran Berbangsa Cina [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Komuniti Bangsa Cina Muslim Perbetulkan ‘Mindset’ Tentang Budaya Mereka Sempena Tahun Baru Cina


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd