Now Reading
[Video] Komuniti Bangsa Cina Muslim Perbetulkan ‘Mindset’ Tentang Budaya Mereka Sempena Tahun Baru Cina

[Video] Komuniti Bangsa Cina Muslim Perbetulkan ‘Mindset’ Tentang Budaya Mereka Sempena Tahun Baru Cina

Komuniti masyarakat Cina Muslim juga berkata mereka masih menikmati hidangan bakwa tetapi versi halal yang diperbuat daripada ayam salai.

cina muslim tahun baru cina

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak lama lagi, kaum Cina akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan melakukan tradisi seperti meraikanya dengan hidangan Yee Sang, makan besar bersama ahli keluarga dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: 7 Restoran ‘Muslim-Friendly’ Untuk Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina

Tetapi mungkin sesetengah daripada anda ada terfikir sama ada masyarakat kaum Cina yang beragama Islam juga menyambut perayaan ini.


Komuniti Cina Muslim Perbetulkan Persepsi Tentang Sambutan Tahun Baru Cina Bagi Mereka

Dalam satu video dimuat naik di laman Facebook (Ridzuan Ong Podcast), kelihatan sebuah komuniti berbangsa Cina Muslim di Negeri Sembilan berkongsi perkara sebenar bagi golongan seperti mereka yang sering mengelirukan masyarakat.

Jelas mereka, komuniti Cina Muslim juga turut menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan masih memakai baju berwarna merah.

Selain itu, mereka juga masih makan hidangan bakwa tetapi akan memilih bakwa yang halal iaitu diperbuat daripada ayam salai dan bukannya dari daging khinzir.

Pada masa yang sama, seorang lagi individu berkata mereka yang terdiri dalam golongan Cina Muslim juga pandai berniaga dan mempunyai kulit berwarna putih seperti individu berbangsa Cina yang lain.

Kepada anda yang mahu menonton video penuh, boleh klik [DI SINI].

Sumber: Facebook Ridzuan Ong Podcast

Netizen Puji Keharmonian Golongan Ini

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen memuji kesejahteraan yang diamalkan golongan ini walaupun berbeza agama dengan masyarakat Cina yang kebanyakannya adalah beragama Buddha.

“Tumpang seronok bila rakan seagama masih mengekalkan budaya,” ucap netizen.

Netizen turut memberi reaksi positif apabila melihat usaha video itu dilakukan kerana masyarakat beragama Islam yang lain boleh mempelajari adat dan tradisi kaum Cina daripada golongan Cina Muslim.

“Alhamdulillah bagus buat begini. Melayu boleh memahami budaya Cina melalui Cina Muslim,” kata netizen.

Seorang netizen pula berkata bahawa agama Islam tidak mengubah budaya seseorang selagi ia tidak bercanggah dengan syarak.

“Baguslah. Agama Islam tidak mengubah bangsa dan budaya seseorang selagi ia masih tidak bertentangan dengan syarak. Peliharalah budaya masing-masing,” ujar netizen.

Sumber: Facebook Ridzauan Ong Podcast

Maksud Di Sebalik Aktiviti Sebelum Dan Semasa Tahun Baru Cina

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, hari pertama pada tahun baru melambangkan titik permulaan nasib baru dalam kehidupan mereka.

Sumber: Pexels

Berikut kami kongsikan enam perkara dan sebab di sebalik persediaan sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang mungkin ramai di antara anda tidak tahu. Antaranya:

  • Mengemas rumah
    • Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, perkara itu dilakukan bagi membuang semua nasib malang dan bersedia untuk menyambut nasib yang baik.
  • Melangsaikan hutang sebelum memasuki Tahun Baru Cina
    • Perkara tersebut dilakukan bagi memastikan seseorang itu tidak dikelilingi hutang sepanjang tahun baru.
  • Setiap hiasan mempunyai maksud tersendiri
    • Perhiasan dikatakan boleh membawa keberkatan jika dipasang beberapa hari sebelum menjelangnya Tahun Baru Cina.
    • Pokok limau dipercayai akan mendatangkan lebih banyak keuntungan, rezeki dan kekayaan melimpah-ruah.
    • Bunga teratai dan kekwa merah dan kuning membawa simbolik harapan, aman damai dan ketenangan.
  • Berkumpul dengan ahli keluarga pada malam Tahun Baru Cina
    • Kepercayaan masyarakat Cina mengatakan semua perkara tidak baik akan berakhir sewaktu acara makan malam besar berlangsung.
  • Makan besar bersama keluarga
    • Hidangan Yee Sang melambangkan simbol kemewahan, penyatuan dan kemurahan rezeki yang bakal diperoleh sepanjang tahun.
    • Hidangan ini membawa maksud kebijaksanaan dan saderi atau sai kan membawa maksud kerajinan. 
  • Membakar mercun
    • Bunyi mercun kuat yang akan membingitkan telinga penduduk perumahan dipercayai akan menghalau segala nasib malang, menolak bala serta mengusir puaka keluar dari kawasan rumah.

Kepada anda yang bakal menyambut Tahun Baru Cina, team TRP ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd