Now Reading
Pemuda Kongsi Kisah Ketika Motor Dicuri, Ada Pakcik ‘DM’ Mahu Sedekah Duit Ribuan Ringgit

Pemuda Kongsi Kisah Ketika Motor Dicuri, Ada Pakcik ‘DM’ Mahu Sedekah Duit Ribuan Ringgit

Pakcik itu memberitahu bahawa dia ingin menyedekahkan wang kepada pengguna Twitter ini kerana sudah lama mengikuti perkembangan hasil karya seninya.

Motor Pernah Kena Curi, Lelaki Ini Kongsi Kisah Pengguna Twitter Sedekah Duit Suruh Beli Baru (5)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali selepas selesai menunaikan solat, antara doa yang sering dipohon kepada Allah SWT adalah agar kita dimurahkan rezeki.

Rezeki itu luas sebenarnya dan tidak terhad kepada pemberian dari segi harta dan juga wang sahaja. Dipertemukan dengan orang yang baik-baik juga dikira sebagai rezeki dari Allah SWT.

Tiba-tiba ada orang yang tidak dikenali baik hati untuk membayarkan duit minyak kenderaan atau makanan anda di restoran. Dapat jiran yang baik pun kira satu rezeki juga ya.

BACA JUGA: Rider Terharu Pelanggan Ajak Berbuka Puasa Sekali Di Rumah. Siap Sedekah Duit Lagi!

Motor-Pernah-Kena-Curi-Lelaki-Ini-Kongsi-Kisah-Pengguna-Twitter-Sedekah-Duit-Suruh-Beli-Baru-3
Sumber: Kashoorga

‘Stranger’ DM Pengguna Twitter Untuk Sedekah Duit Supaya Gantikan Motornya Yang Telah Dicuri

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@NasSuha_) juga menceritakan kisah hidupnya yang pernah ditemukan dengan orang yang baik ketika dia berdepan kejadian motosikalnya dicuri.

Difahamkan, kejadian motosikalnya yang dicuri itu berlaku ketika bulan Ramadan pada tahun 2019.

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Nas ini meluahkan rasa sedih apabila satu-satunya kenderaan yang digunakan untuk ke tempat kerja dan merupakan pemberian arwah ibunya telah hilang.

Ketika motosikal tersebut telah hilang akibat dicuri, Nas memuat naik ciapan di laman Twitter dengan memberitahu kepada orang ramai untuk menghubungi dirinya jika terjumpa dengan kenderaannya di mana-mana lokasi.

Tidak lama selepas itu, seorang pengguna Twitter yang tidak dikenali menghantar mesej kepada Nas.

Pengguna Twitter dipercayai seorang pakcik dalam lingkungan 40 hingga 50an mahu memberi sumbangan wang kepada Nas agar dia dapat membeli motor baharu.

Pada awalnya, Nas menolak niat pakcik yang mahu memberi sedekah kepadanya. Tetapi pakcik tersebut bertegas untuk membantunya juga.

Aku cakap tak apa saya pinjam dulu motor kawan sementara tu. Tapi beliau tetap nak bagi juga walaupun dah tolak, so aku bagi jelah nombor akaun sebab niat dia baik nak tolong.

Pengguna Twitter, Nas.

Agak terkejut juga Nas apabila melihat jumlah wang yang diterima di dalam akaun bank daripada pakcik tersebut. Katanya dia hanya perlu tambah beberapa ribu sahaja lagi untuk membolehkan dia membeli motor baharu.

Apabila ditanya mengapa pakcik berkenaan mahu membantunya, pengguna Twitter itu memberitahu bahawa dia sudah lama mengikuti perkembangan hasil kerja seni Nas dan mahu melihat dia berjaya dalam bidang tersebut.

Rasa segan dan terhutang budi sebab orang yang tak kenal tolong aku selamba gitu aja. Katanya sebab beliau dah lama follow hasil kerja seni aku dan nak tengok aku berjaya dalam apa yang aku usahakan.

Pengguna Twitter, Nas.

Pakcik Dari Twitter Enggan Terima Semula Wang Yang Ingin Dipulangkan

Dua tahun selepas itu, Nas mahu membeli motor baharu dan mahu memulangkan semula wang yang diberikan oleh pakcik berkenaan.

Tetapi pakcik tersebut enggan menerima wangnya semula dan meminta Nas menggunakan sahaja duit berkenaan untuk membeli motor idamannya.

Tidak lama selepas itu, Nas berjaya mendapatkan motosikal idamannya iaitu Yamaha MT-15.

Motor Pernah Kena Curi, Lelaki Ini Kongsi Kisah Pengguna Twitter Sedekah Duit Suruh Beli Baru (2)
Sumber: Twitter @NasSuha_

Setiap kali mahu ke masjid atau tempat kerja dengan niat untuk beribadah serta mencari rezeki halal, pahala pakcik itu akan terus mengalir hasil daripada sedekahnya kepada Nas.

Apabila Nas cuba untuk mencari semula pakcik berkenaan baru-baru ini untuk menunjukkan kejayaan hasil seninya sehingga kini, hasratnya tidak tercapai selepas akaun pengguna Twitter tersebut sudah tidak dijumpai.

Sekarang aku cari DM beliau sudah tak ada. Dah hilang atau tutup akaun mungkin. Ingat nak wish selamat berpuasa dan nak tunjuk progress kerjaya seni aku sekarang ini. Harap dalam diam dia bangga aku dah capai level ini.

Pengguna Twitter, Nas.

Untuk pengetahuan anda, Nas kini sudah mempunyai karya yang sangat besar dihasilkan untuk Hotlink dan boleh dilihat di antara simpang PMINT dan Panggung Rex lama sebelum Paya Bunga Square di Kuala Terengganu.

Motor Pernah Kena Curi, Lelaki Ini Kongsi Kisah Pengguna Twitter Sedekah Duit Suruh Beli Baru (2)
Sumber: Twitter @NasSuha_

Ramai Netizen Mendoakan Agar Pakcik Itu Dimurahkan Rezeki

Perkongsian kisah yang dikongsikan oleh Nas itu mendapat banyak reaksi positif dari netizen apabila ramai yang memuji kebaikan yang dilakukan oleh pakcik berkenaan.

Malah, netizen turut mendoakan agar pakcik tersebut dimurahkan rezeki atas sedekah yang diberikan.

Sementara itu, ada juga sesetengah netizen yang berkongsi kisah mereka ketika ditemukan dengan orang yang baik sewaktu menghadapi kesukaran di dalam kehidupan.

Kami doakan semoga anda yang membaca ini juga dipertemukan dengan orang yang baik-baik di luar sana. Amin. 😊

BACA JUGA: [Video] “Saya Bagi Sedekah RM100, Esoknya Saya Dapat Rezeki RM100,000” – Siti Nurhaliza

BACA JUGA: Puteri Sarah Liyana Didik Anak Sedekah Dari Kecil Raih Pujian Ramai

BACA JUGA: Kanak-kanak Ini Belanja 35 Anak Yatim McDonald’s Guna Duit Hasil Jual Mainan. Baiknya!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd