Now Reading
[Video] Beri 550 Orang Makan Percuma Setiap Hari, Usahawan Tak Sanggup Lihat Penduduk Berlapar

[Video] Beri 550 Orang Makan Percuma Setiap Hari, Usahawan Tak Sanggup Lihat Penduduk Berlapar

Rumah Makan Percuma terbuka kepada semua tanpa mengira status, agama atau bangsa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, bukanlah semua di kalangan masyarakat dilahirkan dan dibesarkan dalam persekitaran yang cukup serba-serbi.

Mungkin ada dalam golongan penduduk tempatan yang tidak mampu membeli bahan masakan untuk menyediakan makanan di rumah sehingga menyebabkan mereka terpaksa ikat perut.

Oleh itu adalah penting bagi setiap individu untuk menerapkan sikap bertimbang rasa dan sentiasa membantu mereka yang sedang memerlukan.


Tak Sanggup Lihat Orang Sekeliling Lapar

Cakna dengan sesetengah penduduk yang tidak dapat sumber makanan mencukupi, pengasas Rumah Makan Percuma (RMP) dan Pengarah Urusan Bismi Empire, Mazlina Kamarudin berkata dia tidak sanggup melihat orang sekeliling berlapar.

Oleh disebabkan itu, ia telah mendorong bekas kerani tersebut untuk berkongsi rezeki kepada orang ramai dengan memberikan makanan secara percuma.

Sumber: Ayam Bismi

Buat mereka yang hadir ke premis RMP, makanan percuma akan tersedia untuk 550 orang setiap hari kecuali hari Sabtu.

Apa yang lebih mengagumkan adalah pemberian itu terbuka kepada sesiapa sahaja tidak kira status, agama atau bangsa seseorang individu, lapor Sinar Harian.

Tidak terhad kepada golongan asnaf sahaja, wanita itu turut mengalu-alukan kedatangan mereka yang berkemampuan bagi memeriahkan gerai makan tersebut.

Hal ini kerana golongan yang mampu juga dikatakan seronok dengan suasana makan secara beramai-ramai di RMP.

Sumber: Ayam Bismi

Terinspirasi Dengan Sikap Gigih Arwah Bapa

Jelas Mazlina, inisiatif yang dilakukan untuk rakyat setempat diinspirasikan daripada kegigihan bapanya selepas banyak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

Ini adalah kegembiraan saya yang paling utama (beri makan percuma) kerana sejak kecil saya telah disemai oleh arwah bapa untuk melakukan kebaikan dan saya memang berniat nak bagi manfaat kepada orang ramai.

Mazlina Kamarudin.

Tambah wanita itu lagi, dia berasa seronok selepas melihat penduduk yang tidak berkemampuan dapat makan bersama-sama di kedai makannya.

Sumber: Ayam Bismi

Mazlina Harap Program RMP Dapat Dijadikan Contoh

Sementara itu, Mazlina turut berharap agar inisiatif kecil tersebut dalam membantu masyarakat dapat dijadikan contoh kepada peniaga lain agar program sebegitu rupa boleh diperkembangkan pada masa akan datang.

Ulasnya, banyak lagi keperluan asas lain tidak dapat dibeli oleh golongan asnaf untuk menyediakan juadah di rumah seperti beras, minyak masak dan lain-lain.

Kadang-kadang kita merasakan diri sudah cukup susah tetapi sebenarnya ramai lagi yang susah daripada kita, jadi apa salahnya kita bantu antara satu sama lain. Harta itu sebenarnya ujian buat diri kita juga dan diibaratkan seperti sungai yang mengalir.

Mazlina Kamarudin.
@rumahmakanpercuma Bila tengok pakcik yang mai makan kat Rumah Makan Percuma ni, Ya allah rindunya kat Ayah🥲🥲 #rumahmakanpercuma #kedah #kenduri #fyp #sedekah #ayah ♬ original sound – Rumah Makan Percuma

Mula Beroperasi Sejak 2020

Untuk info, RMP telah mula beroperasi sejak 6 Julai 2020 bagi membantu golongan memerlukan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 beberapa tahun lalu.

Mazlina menyifatkan inisiatif tersebut adalah antara kenangan manis buat syarikatnya selepas sudah lebih 30 tahun berkecimpung dalam bidang penternakan, pemprosesan dan pengedaran ayam.

Rumah Makan Percuma juga sering memuat naik perkongsian di laman TikTok menunjukkan sambutan hangat warga tempatan dalam memeriahkan kedai makan pada setiap hari.

Difahamkan, RMP beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan ini dan dibuka pada 5 petang. Makanan pula akan dibungkus dalam polisterin sebelum diagihkan kepada orang ramai.

@rumahmakanpercuma Huluran sayang Rumah Makan Percuma sepanjang bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Rezeki berkongsi dengan penduduk setempat✨ #rumahmakanpercuma #ayambismi #fypシ #kedahdarulaman #kongsikebaikan ♬ Harapan Ramadan (with Man Bai) – Raihan

Baca Artikel Berkaitan: Influencer Pemurah Sedekah Limau Di Tempat Ibadah Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Kongsi Kisah Ketika Motor Dicuri, Ada Pakcik ‘DM’ Mahu Sedekah Duit Ribuan Ringgit

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Terharu Lihat Pakcik Baik Hati Beri Angpau & Minuman Kepada Rider Walaupun Salah Alamat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd