Now Reading
[Foto] Kereta Peniaga Terbalik Lepas Terbabas Langgar Pokok, Kuih-muih Bertaburan Atas Jalan Raya

[Foto] Kereta Peniaga Terbalik Lepas Terbabas Langgar Pokok, Kuih-muih Bertaburan Atas Jalan Raya

Difahamkan mangsa yang dikenali sebagai Mohammad terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke lokasi niaga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menjelangnya bulan Ramadan ini, ramai peniaga makanan dan minuman (F&B) mengambil peluang untuk berniaga khususnya di bazar kerana sambutan hangat para pengunjung.

Namun begitu, bukanlah semua dirancang berjalan dengan lancar di mana ada di antara golongan peniaga yang ditimpa ujian dan pelbagai cabaran.

Sebagai contoh mungkin dugaan dalam bentuk cuaca tidak baik, pelanggan yang kurang atau terlibat dalam kemalangan jalan raya.


Terlibat Dalam Kemalangan Ketika Dalam Perjalanan Ke Lokasi Niaga

Semalam (20 Mac), satu kes kemalangan kereta dilaporkan berlaku melibatkan seorang peniaga dikenali sebagai Mohammad yang sedang membawa kereta jenis Toyota Avanza sekitar Petron Seksyen 18, Shah Alam.

Seorang saksi dikenali sebagai Aza Radzi yang telah berkongsi mengenai insiden di laman Facebook berkata, kemalangan tersebut berlaku semasa peniaga itu dalam perjalananan ke tempat berniaga dipercayai bazar Ramadan bagi menjual kuih-muih.


Kuih-muih Bersepah Atas Jalan Raya

Difahamkan kereta berkenaan telah terbabas dan melanggar sebatang pokok menyebabkan kenderaannya terbalik.

Apa yang menyedihkan bukan setakat kenderaannya rosak, bahkan kuih-muih yang dimuatkan di dalam kereta turut bertaburan dan memenuhi jalan raya.

Antara jenis kuih yang dilihat bertaburan atas jalan raya berkenaan adalah karipap dan juga onde-onde.

Tambah saksi itu lagi, orang awam yang berada di lokasi kejadian telah sama-sama membantu menterbalikkan kereta kepada keadaan asal.

Sumber: Facebook Aza Radzali

Saksi Sebak Lihat Keadaan Mangsa

Situasi tersebut membuatkan Aza berasa sebak melihat ujian yang menimpa kepada peniaga berkenaan sewaktu bulan Ramadan ini.

Nak meniaga kuih kereta accident langgar pokok terbalik kereta. Kuih semua berterabur, agaknya penat sangat kot prepare nak meniaga.

Aza Radzi.

Tambah Aza lagi, kejadian menjadi lebih memilukan apabila Mohammad kerap kali bertanya tentang kos memperbaiki kereta yang rosak selain berasa risau untuk memanggil ambulans kerana bimbang sekiranya dikenakan bayaran.


Peniaga Dikejarkan Ke Hospital Shah Alam

Menerusi satu lagi hantaran oleh seorang lelaki di laman Facebook (Shahrul Izzat), peniaga tersebut telah dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Dalam klip video yang dikongsi, Mohammad kelihatan seperti sedang mengalami kecederaan ringan kerana terdapat kesan balutan pada tangan dan darah di pakaiannya.

Besar betul ujian abang ni sewaktu bulan puasa, kami dari team TRP berharap agar semua urusan mangsa dan keluarga dipermudahkan.


Tips Keselamatan Jalan Raya

Sekiranya anda berada di jalan raya, terdapat beberapa tips keselematan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan diri daripada perkara buruk berlaku. Antaranya:

Sumber: Carlist/Pexels
  • Patuhi jarak selamat.
  • Pakai tali pinggang keledar.
  • Patuhi had laju ditetapkan.
  • Jangan langgar lampu isyarat merah.
  • Jangan memandu dalam keadaan mabuk.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Penunggang Motosikal Dirempuh Bas Sekolah Di Tepi Jalan Raya

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Maut Gara-gara Dirempuh Remaja 14 Tahun Pandu Kereta Tanpa Lesen

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lori Rempuh 10 Buah Kereta Tepi Jalan Di Putrajaya. Salah Siapa?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd