[Video] Lori Rempuh 10 Buah Kereta Tepi Jalan Di Putrajaya. Salah Siapa?
Pihak polis menjelaskan kawasan tersebut adalah tempat dilarang parkir, oleh itu mangsa tidak boleh menuntut hak ganti rugi akibat kejadian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Rakyat Malaysia kini dilihat saling tuduh-menuduh susulan insiden lalu lintas yang viral di mana sebuah lori dilaporkan melanggar beberapa buah kenderaan di bangunan pejabat kerajaan di Putrajaya pada Khamis (21 Oktober).
Video tular di media sosial menunjukkan sebuah lori yang merempuh kesemua kereta yang diparkir secara haram di tepi jalan, belakang kompleks kerajaan ‘Parcel E’.
Video kedua pula menunjukkan keadaan kesemua kenderaan yang dirempuh setelah lori berkenaan berusaha untuk melalui jalan yang semakin sempit gara-gara kenderaaan yang parkir di situ.
Ada pemandu lori terlupa pasang otak.pic.twitter.com/dNx7asw3U7
— Adzman Kamaruddin (@adzman86) October 21, 2021
Menurut laporan rasmi, sebanyak 10 buah kereta mengalami kerosakkan susulan kejadian tersebut.
Ada yang kemik, tercabut cermin sisi, dan pelbagai kerosakkan lain.
Siapa ada parkir kereta di Kompleks E, Putrajaya boleh tengok kereta anda. Takziah.pic.twitter.com/tjyEhMOy16
— Adzman Kamaruddin (@adzman86) October 21, 2021
Polis menjelaskan bahawa pemandu lori tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan mengenai kejadian.
Pemilik kenderaan yang terlibat juga hadir untuk membuat laporan mereka.
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa lokasi kejadian telah ditandakan sebagai zon ‘tidak dibenarkan letak kereta’ dan kesemua mangsa juga tidak mempunyai hak untuk menuntut apa-apa ganti rugi atas kerosakkan kenderaan mereka.
Kes disiasat mengikut Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Salah siapa?
Tinjaun di media sosial menunjukkan orang ramai dilihat berang akan tindakan pemandu lori terbabit.
Walau bagaimanapun, ada juga segelintir orang awam yang menjelaskan bahawa pemandu lori tersebut tidak bersalah dan kesemua kereta dilanggar adalah gara-gara tindakan mereka sendiri yang meletakkan kereta di tempat tidak dibenarkan parkir.
Illegal parking lepas tu salahkan lori 😏 https://t.co/Pg1F2YGhtj
— FG⭕️VERNMENT (@borneoOG) October 21, 2021
Not a parking space. Park at your own risk 🤭 https://t.co/wA0WvRpenp
— ㅤ (@MohseinM) October 21, 2021
Ada juga yang memuji tindakan pemandu lori tersebut di atas apa yang dilakukannya dan menyatakan bahawa mereka juga akan melakukan perkara sama sekiranya berada dalam situasi itu.
Dalam masa yang sama, segelintir orang awam turut menjelaskan bahawa pembaikan kemudahan tempat letak kenderaan dan sistem pengangkutan awam yang lebih baik akan mencegah kejadian tersebut daripada berlaku.
At first aku marah dgn pemandu lori but then bile tau those are not actually designated parking spots, tak jadi marah. This is more of an issue with urban planning. https://t.co/Rj6hKw9kVp
— Ammar at AMGX 🏴 (@ammar_gaux) October 22, 2021
Salahkan budaya.
— MhsnJmldn (@Muhsin_J) October 21, 2021
1. Budaya parking tempat tak sepatutnya.
2. Budaya beli kereta itu satu kejayaan.
3. Budaya perancangan bandar tak fikir ruang pembinaan public transport di masa hadapan.
4. Tak wujudkan budaya berbasikal/berjalan ke tempat kerja.
Not going to mention who I think is wrong here, but this happens when we, as a society, are too dependent on cars that everything and everywhere becomes a parking space. https://t.co/tkClOAQ3Gg
— Paradisu 🏴 (@monoloqueen) October 22, 2021
These people clearly need more green spaces.
— μαρκ {Redacted}🏴 (@MG92__2) October 21, 2021
So selfish of them to have cars. https://t.co/Tpo3rGRy5N
Pihak polis akan mengadakan operasi di laluan itu bagi menghalang pengguna meletakkan kenderaan dan boleh mengeluarkan saman kepada mereka yang tidak patuh.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.