Now Reading
[Video] 2 Penunggang Motosikal Dirempuh Bas Sekolah Di Tepi Jalan Raya

[Video] 2 Penunggang Motosikal Dirempuh Bas Sekolah Di Tepi Jalan Raya

Dua orang lelaki itu telah dilanggar oleh sebuah bas sekolah yang dipandu dengan kelajuan tinggi ketika sedang membeli juadah di gerai sekitar Taman Klebang Putra, Chemor, Ipoh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Keselamatan orang awam apabila berada di sekitar jalan raya perlulah dititikberatkan oleh semua pihak.

Namun begitu, kes kemalangan yang tidak diduga kadangkala berlaku juga walaupun seseorang individu itu sudah pun berhati-hati.

Bagi mengelakkan perkara sebegitu berlaku, setiap pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa peka dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.


Bas Sekolah Rempuh 2 Orang Penunggang Motosikal

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X (Twitter) menyaksikan sebuah kemalangan mengerikan berlaku dipercayai sekitar kawasan perumahan di Taman Klebang Putra, Chemor, Ipoh.

Dalam video hantaran tersebut, dua orang penunggang motosikal dilihat telah singgah ke sebuah gerai di tepi jalan raya iaitu Hausaf Nasi Kukus (HNK).

Keadaan sekitar dilihat seperti biasa pada awalnya, namun sebuah bas sekolah yang dipandu dengan kelajuan tinggi secara tiba-tiba telah merempuh kedua-dua penunggang motosikal tersebut.

Empat orang individu di gerai itu termasuklah dua orang penunggang motosikal bagaimanapun terselamat daripada rempuhan bas berkenaan.

Namun setakat ini, masih tidak dapat disahkan sama ada dua orang lelaki yang dilanggar itu mengalami kecederaan berat atau tidak.

Menurut sumber daripada laman X @mynewshub, kemalangan berpunca daripada stereng shaft bas yang patah.

Menerusi carian kami, pihak berkuasa masih belum memberikan laporan penuh tentang insiden itu.


Reaksi Netizen Lihat Kemalangan Di Gerai

Menjengah ke ruangan komen di media sosial, ramai netizen dilihat terkejut dengan rempuhan bas secara mengejut itu.

Warganet dalam masa sama berpendapat bahawa kawasan perniagaan tersebut tidak sesuai dan berbahaya kerana lokasinya di seberang jalan raya.

“Itu yang tak boleh berniaga di tepi jalan…bahaya,” kata seorang lelaki.

Dalam pada itu, ada juga telah menitipkan doa agar kedua-dua lelaki yang disondol bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Semoga tiada apa-apa kecederaan berat untuk dua orang lelaki yang nak membeli juadah itu,” jelas seorang netizen.

Sumber: kosmo_online

Tips Keselamatan Jalan Raya

Sekiranya anda berada di jalan raya, terdapat beberapa tips keselematan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang perlu dipatuhi. Antaranya:

#1. Patuhi Jarak Selamat

Anda harus sentiasa memastikan terdapat jarak selamat antara kereta anda dan kenderaan yang berada di hadapan.

Sumber: Marks & Herrison
#2. Pakai Tali Pinggang Keledar

Selain itu, memakai tali pinggang keledar pada setiap masa adalah penting bagi menjamin diri anda sentiasa dilindungi.

Sumber: Pexels
#3. Patuhi Had Laju

Had laju berfungsi untuk memberikan masa yang mencukupi bagi memberhentikan kenderaan anda tanpa terlanggar kereta lain.

Sumber: Carlist
#4. Patuhi Lampu Isyarat

Ingat jangan nak laju sahaja. Anda haruslah bersedia untuk berhenti ketika lampu menunjukkan warna kuning dan berhenti di lampu merah.

Sumber: Unsplash
#5. Jangan Memandu Ketika Mabuk

Mengambil alkohol ketika memandu akan memberi kesan kepada pemanduan seseorang. Ia bukan sahaja boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri, malah pengguna jalan raya yang lain turut berisiko berdepan kemalangan.

Sumber: Zinnia Health

Baca Artikel Berkaitan: Bas Langgar Jambatan & Terbakar, 20 Jemaah Umrah Maut Di Arab Saudi

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lori Rempuh 10 Buah Kereta Tepi Jalan Di Putrajaya. Salah Siapa?

Baca Artikel Berkaitan: Rempuh 3 Kereta Di IOI City Mall, Pemandu Disyaki Mabuk Kini Ditahan Oleh Pihak Polis


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd