Now Reading
Rempuh 3 Kereta Di IOI City Mall, Pemandu Disyaki Mabuk Kini Ditahan Oleh Pihak Polis

Rempuh 3 Kereta Di IOI City Mall, Pemandu Disyaki Mabuk Kini Ditahan Oleh Pihak Polis

Semakan lesen pemandu Porsche itu turut menunjukkan bahawa ia sudah tamat tempoh serta mempunyai 31 saman yang belum dijelaskan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada Jumaat lalu (27 Januari) lalu, sebuah kereta mewah jenis Porsche 911 Carrera yang didakwa dipandu oleh seorang lelaki mabuk telah melanggar penghadang jalan sebelum hilang kawalan dan merempuh beberapa buah kereta kereta yang sedang diparkir.

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof memaklumkan ketiga-tiga kereta yang dirempuh itu berada di sebelah kiri kotak parkir valet di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya.

Antara kereta yang terlibat dan terjejas akibat kemalangan ini adalah Toyota Corolla Cross, Honda Jazz Hybrid dan Honda CRV.

Pihak polis juga telah merakam keterangan daripada ketiga-tiga pemilik kenderaan tersebut bagi membantu siasatan.

Kereta terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan kereta. Lokasi kemalangan mempunyai satu lorong setiap hala selain permukaan jalan rata dan juga kering ketika kejadian berlaku.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

Pemandu Porsche Rempuh Kereta Cuba Melarikan Diri Tetapi Sempat Dihalang

Selepas rempuhan tersebut berlaku, pemandu berkenaan dikatakan ingin melarikan diri tetapi sempat ditahan oleh polis bantuan serta orang ramai yang berada di kawasan berhampiran.

Malah, pemandu yang didakwa seseorang berpangkat Datuk juga dilihat seperti separa sedar dan dipercayai sedang mabuk.

Wan Kamarul Azran berkata pihak polis akan meneliti semula rakaman di kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi tersebut bagi membantu siasatan.

Video ketika kejadian juga banyak dimuat naik oleh netizen di media sosial.

@mimio_mimot

Katanya Dato’ mabuk dah langgar divider. Cubaan nak lari, press minyak and bomm. 3 sekali weh bantai #fyp #mabuk #ioicitymallputrajaya

♬ original sound – 나미미 – 나미미

Pemandu Porsche Dipercayai Mabuk Telah Ditahan Oleh Pihak Polis

Siasatan mendapati pemandu yang membawa kereta mewah itu merupakan lelaki berusia 61 tahun dan juga seorang kontraktor.

Semakan lesen pemandu itu turut menunjukkan bahawa ia sudah tamat tempoh serta mempunyai 31 saman yang belum dijelaskan.

Menurut laporan Sinar Harian, pemandu terbabit telah ditahan oleh pihak polis untuk ujian air kencing dan darah serta mengambil keterangan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kemalangan Melibatkan Pemandu Dipercayai Mabuk Pernah Berlaku Sebelum Ini

Sebelum ini, kejadian yang sama pernah berlaku apabila satu kemalangan berlaku melibatkan pemandu yang disyaki mabuk di Jalan Serkam Pantai, Jasin, Melaka.

Kemalangan tersebut telah mengakibatkan kematian pasangan suami isteri dipercayai kerana dirempuh oleh sebuah Perodua Myvi yang dipandu di bawah pengaruh alkohol.

SumberL Twitter

Sebelum kejadian mangsa yang maut bersama penunggang motosikal Yamaha Lagenda berusia 57 tahun dikatakan dalam perjalanan dari arah Melaka menghala ke Merlimau.

Manakala Perodua Myvi pula dari arah bertentangan. Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu Perodua Myvi dipercayai mabuk dan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

Oleh itu, ketika kenderaan berkenaan memasuki laluan bertentangan kedua-dua motosikal yang datang dari arah hadapan tidak sempat mengelak dan menekan brek, lalu bertembung.

BACA JUGA: Suami Isteri Maut Di Melaka Dipercayai Dirempuh Oleh Pemandu Myvi Mabuk


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd