Now Reading
[Video] Pelajar Antarabangsa Kongsi Pengalaman Belajar Subjek Elektif Perubatan Di Malaysia

[Video] Pelajar Antarabangsa Kongsi Pengalaman Belajar Subjek Elektif Perubatan Di Malaysia

Difahamkan gadis bernama Lydie kini mempelajari tentang anaestetik manakala Hazel pula mengikuti pengajian bersama pasukan obstetik dan ginekolgi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau korang perasan, ada ramai pelajar dari luar negara yang menyambung pengajian mereka di peringkat lebih tinggi di universiti sekitar Malaysia.

Ini kerana Malaysia juga mempunyai universiti yang berada pada kedudukan tertinggi di dunia seperti UniversIti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tak kisahlah anda belajar di mana-mana sekalipun, yang penting peluang tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk menimba ilmu pengetahuan.


Pelajar Antarabangsa Kongsi Pengalaman Ketika Sambung Pengajian Perubatan Di Malaysia

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@lydieandhazal), dua orang pelajar elektif perubatan dari United Kingdom telah tular di media sosial selepas berkongsi pengalaman mereka menyambung pengajian di Malaysia.

Difahamkan gadis bernama Lydie kini mempelajari tentang anaestetik manakala Hazel pula mengikuti pengajian bersama pasukan obstetik dan ginekolgi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Dalam video berkenaan, mereka meluahkan rasa kagum melihat perbezaan antara sistem penjagaan kesihatan di Malaysia dan di United Kingdom. Antara perbandingan yang diberi perhatian adalah berkaitan pakej bersalin yang diiklankan di wad.

Sumber: TikTok @lydieandhazel

Pada masa yang sama, mereka berasa gembira kerana berpeluang mengunjungi beberapa lokasi di negara ini seperti Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas.

Selain itu, Lydie dan Hazel turut menggemari hidangan di Malaysia selepas mencuba beberapa makanan di medan selera di dalam hospital serta mencuba pretzel dari kedai Auntie Anne serta Din Tai Fung.

Lydie dan Hazel menjelaskan bahawa Malaysia menjadi pilihan mereka kerana mahu mempelajari tentang budaya di sini, kos sara hidup yang rendah dan terdapat banyak makanan yang lazat.

Mereka juga berpendapat bahawa masyarakat Malaysia rata-ratanya mempunyai sifat mesra dengan orang sekeliling dan turut menganggap negara ini mempunyai pelbagai perkara menarik untuk diterokai.

https://www.tiktok.com/@lydieandhazal/video/7362195408271068448

Dalam video berlainan, mereka sempat memberi panduan dan nasihat kepada pelajar-pelajar lain tentang cara untuk mengatur pilihan elektif sekiranya mahu melakukannya di Malaysia sama seperti Lydie dan Hazel.

https://www.tiktok.com/@lydieandhazal/video/7362841663712103713

Netizen Sambut Baik Pelajar-pelajar UK Tersebut Di Malaysia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif selepas melihat kedua-dua pelajar berkenaan menikmati masa mereka semasa berada di Malaysia.

Malah, netizen turut menyambut kedatangan mereka dengan baik dan berharap mereka dapat menggunakan peluang tersebut menerokai pelbagai tempat menarik di negara ini.

Mereka juga berharap agar Lydie dan Hazel berkesempatan untuk melawat negeri-negeri lain di Malaysia.

Sumber: TikTok

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd