Now Reading
Sudah Tiba Masanya Untuk Benarkan Ganja Dalam Perubatan – Syed Saddiq

Sudah Tiba Masanya Untuk Benarkan Ganja Dalam Perubatan – Syed Saddiq

Lebih 40 buah negara telah mengiktiraf marijuana sebagai ubat alternatif dalam bidang perubatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Malaysia harus meminda undang-undangnya untuk mengiktiraf ganja sebagai ubat alternatif, kata Pengerusi Kaukus Perubatan Ganja Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq sebelum ini pernah berhujah bahawa lebih 40 buah negara maju telah meminda undang-undang mereka berhubung penggunaan ganja dalam perubatan.

“Malah badan kesihatan dunia seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengiktiraf penggunaan ganja untuk tujuan perubatan,” tweet ahli Parlimen Muar itu.

Katanya lagi, langkah yang diambil negara lain juga perlu dilihat sebagai galakan kepada barisan kesihatan Malaysia untuk menawarkan ubat alternatif ini dengan kadar segera.

Syed Saddiq yang juga presiden Muda berkata bahawa beliau telah membincangkan isu berkenaan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau mencadangkan agar Jabatan Peguam Negara diberi kuasa untuk memberi pertimbangan yang lebih tinggi kepada kes melibatkan penggunaan ganja.

Sumber: Medical News Today

Beliau berkata kelonggaran sama juga perlu diberikan kuasa kepada hakim yang menangani kes sedemikian.

Ini kerana kita perlu mengendalikan kes tersebut dengan berhati-hati supaya pesakit yang tidak mempunyai pilihan selain menggunakan ganja bagi tujuan perubatan diberi kelonggaran yang sewajarnya.

Syed Saddiq Ahli Parlimen Muar.

Ahli Palimen Muar ini juga berpendapat bahawa hukuman mati seperti gantung adalah terlalu berat bagi pesakit yang mendapatkan rawatan alternatif untuk penyakit mereka.

Syed Saddiq sebelum ini hadir ke mahkamah Petaling Jaya untuk menunjukkan solidariti kepada penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman yang kemungkinan berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas didakwa mengusahakan tanaman ganja dan mengedar 214g ganja di kondominiumnya di Kota Damansara.

BACA JUGA: Yasin Sulaiman Didakwa Di Mahkamah Atas Kes Tanam Pokok Ganja & Miliki Dadah

Pada 6 April lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan pihak mereka bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk mengkaji penggunaan ganja dalam perubatan.

BACA JUGA: MOH Welcomes Collaborators To Study On Medicinal Marijuana, Says KJ


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd